Monday 28 September 2015

Cara menggunakan minyak zaitun

  1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya satu sudu dua kali sehari (23 gram) (pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur).
  2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
  3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah muka dicuci.
  4. Untuk menghilangkan parut pada anggota badan yang lain, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota badan yang terlibat, kemudian barulah dicuci.
  5. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolestrol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa menyerap ke dalam badan.
Selamat mencuba! 

Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504


Monday 21 September 2015

Friday 18 September 2015

30 perkara yang dikongsi dari Dr. Hj. Azizan Osman tentang keusahawanan.

30 perkara yang dikongsi dari Dr. Hj. Azizan Osman tentang keusahawanan.

  1. Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.
  2. Mengubah manusia, perkara yang paling mencabar, ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.
  3. Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.
  4. Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.
  5. Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.
  6. Hasil kajian, 100 orang yang berjaya di dunia, 68% dari mereka tidak mempunyai markah CGPA yang tinggi.
  7. Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa 'pensyarah' mereka.
  8. Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.
  9. Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat, segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.
  10. Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.
  11. Mereka yang betul-betul mahu berjaya, mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas yang mahu dicapai.
  12. Apabila 'down' cari kata-kata pembakar semangat. Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik.
  13. Cari 'big why' yang kuat dalam diri. Kenapa aku nak berjaya? Untuk apa aku nak berjaya?
  14. Semangat bisnes datang dari pemilik bisnes itu sendiri. (Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur).
  15. Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri. Apabila dalaman kuat, segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.
  16. Matlamat yang mahu dicapai harus jelas. Masa? Untuk? Tujuan?
  17. Gunakan sebaik-baik mungkin teknologi yang ada. 
  18. Bina 'networking' untuk menjana kumpulan yang terbaik. (Mastermind group with Quality People).
  19. Masa itu emas, jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.
  20. Bila mahukan sesuatu, mesti dapat dengan apa cara sekalipun (bukan dengan memberi alasan).
  21. Kenali diri, sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.
  22. Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan. Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.
  23. Berterus-terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan.
  24. Pemilik bisnes perlu 'faham' tentang marketing, sales, HR, operation bussiness mereka.
  25. Teruskan belajar, sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnya.
  26. Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.
  27. Fokus dengan apa yang mahu dicapai. Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.
  28. Cari mentor yang telah berjaya dalam bidang mereka (bukan teori semata-mata).
Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Wednesday 16 September 2015

Pensijilan Halal untuk tamar cocoa

Alhamdulillah,

Tamar cocoa sudah mendapat pensijilan halal dari JAKIM.


Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Tuesday 15 September 2015

Aktiviti Al Haddad



Bertempat di Dewan Taklimat, Stokis Daerah Kuala Selangor akan menerangkan produk halal dan Jana Ekonomi Ummah pada 16 September 2015.

Stokis dan ahli Al Haddad dijemput hadir.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Didik Usahawan



Didik Usahawan di Temerloh. Bertempat di Bilik Seminar, Nur Tamar Coco Trading pada 03 Oktober 2010.

Semua di jemput hadir.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Monday 14 September 2015

Habbatus Sauda

Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara seperti Mesir, di selatan Eropah, Syria, dan sedikit di Asia Tengah seperti di Iran dan India.


Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalahNigella Sativa. Ia juga dikenali dengan nama Black Seeds, Habbatus Sauda/Barakah (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.


Habbatus Sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat di dalam banyak literature kuno mengenai ahli perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980-1037M) dan Al-Biruni (973-1048M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Minyak Habbatus Sauda juga dijumpai tertanam bersama mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat untuk bekalan di kehidupan lain seperti kepercayaan mereka.


Sekarang lebih mudah dengan produk Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. Dengan produk Halalgel ini, sebotol mengandungi 60 biji dan tentunya harga ahli lebih murah dari harga pasaran.

Harga Ahli: RM 29.04
Harga Pasaran: RM 35.00

Perkongsian tanpa batasan
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Monday 7 September 2015

Kepercayaan pelanggan

Malam tadi saya dapat whatsapp.

Alhamdulillah, kepercayaan pelanggan adalah matlamat #ByKamilia.


Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Penanda aras dalam perkhidmatan kami sebagai stokis Al Haddad Skudai.

Saya jual ya dengan harga yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Semoga terus istiqamah!

Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504


Susun Order

Alhamdulillah,

Walaupun sedang berpantang anak ke-4, saya masih sibuk dengan order dari pelanggan yang tidak putus-putus.

Order untuk 7 September 2015.



Sedikit atau banyak bukan ukurannya, cuma niat untuk menyebarkan Produk Muslim membuatkan saya bersemangat untuk melakukannya.

Syukur sangat-sangat dengan rezeki yang Allah kurniakan!

Perkongsian tanpa batasan
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Restok

Alhamdulillah,


Semalam sempat merestok 10 karton tamar cocoa dengan Stokis Negeri Johor.

Tetapi, hari ini tinggal berbaki beberapa karton sahaja setelah diagihkan kepada ahli Al Haddad.

Terima kasih kerana terus menyokong Produk Muslim ya.

Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Produk Al Haddad



Produk Al-Haddad

Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Keistimewaan Al Haddad

JOM kita tengok apa istimewanya AlHaddad! 

  1. Tiada had umur.
  2. Tanpa syarat jualan.
  3. Tanpa bebanan maintain.
  4. Tanpa sistem mata atau point.
  5. Tanpa pangkat.
  6. Tanpa yuran ahli.
Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Saturday 5 September 2015

Perjalanan terkini Rumman Organik

Info terkini RUMMAN ORGANIK:





Kapal sudah melepasi Turki. Sekarang menuju ke terusan Suez.

InsyaAllah 2-3 minggu lagi berlabuh di Port Klang.

Doakan RUMMAN ORGANIK selamat tiba dengan selamat!

Perkongsian tanpa batasan
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Al Haddad di Nagoya, Jepun

Memperkasakan ‪Produk Muslim‬ di Aeon Atsuta, Nagoya, Japan.


Apa itu fibroid

'Fibroid, atau nama lainnya 'Leiomyoma' atau 'Myoma' adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive).

Kira-kira 20% wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas monopaus.

Antara sinergi kesihatan yang dicadangkan adalah Habbatus Sauda dan Extra Virgin Olive Oil keluaran Halalgel. Insya-Allah.


Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Aktiviti

Alhamdulillah

Rangkaian TV Muslim terbesar di Thailand telah memilih dan mempromosi booth Al Haddad Marketing sempena Expo di Yala 8-10 Sept ini.


Perkongsian tanpa batasan
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Aktiviti Al Haddad

Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. diundang sekali lagi mewakili negara untuk World Halal Product Exhibition 2015 (WORLD HAPEX 2015).


Bertempat di Prince Of Songkhla University, Thailand, pada 10-13 Sept 2015.

Jemput beramai-ramai untuk memeriahkan festival kali ini.

Perkongsian tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...