Sunday 29 May 2016

Kelebihan Zaa'faran

Kelebihan Zaa'faran


Zaa'faran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Stigma bunga Zaa'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Zaa'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri. Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

Antara manfaat dan kelebihan Zaa'faran yang diketahui setakat ini (Sumber dari kajian-kajian saintifik perubatan dan kitab-kitab):
  1. Mencerdaskan minda 
  2. Penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
  3. Sebarang masalah kulit
  4. Menghindarkan penyakit seperti batuk dan selsema, sakit kepala atau migran dan asma, muntah-muntah, penyakit buah pinggang, gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia), demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh, bengkak hati atau Hepatitis A dan B
  5. Memudahkan penghadaman
  6. Menghilangkan bau mulut
  7. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  8. Menambahkan tenaga zahir dan batin, masalah mati pucuk, sembelit
  9. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
  10. Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  11. Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing
  12. Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
  13. Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  14. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
  15. Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain
Zaa'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Zaa'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (r.a) menyatakan, maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Zaa'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


Dalam Madu Minda Asy Syifa, ada kandungan Zaa'faran.

Ingin mencuba sebotol Madu Minda Asy Syifa?

Harga Pasaran: RM 48.00
Harga Ahli: RM 39.22

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...