Tuesday 7 June 2016

Air Nabeez

Air Nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.

Rendam kurma dengan air masak malam pada malam ini. Sahur esok boleh minum. Insyaallah, perut mampu bertahan.

Buat Air Nabeez untuk sekali minum sahaja ya. Jangan simpan lama-lama.


Cara-cara:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500 ml ke 1 liter. Ambil 3 biji ‪#‎KurmaSahara‬ dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.

Ada juga yang menggunakan ‪Kismis Penerang dan Pelembut Hati‬ tetapi jangan dicampurkan.

Untuk kismis gunakan 21 biji dan direndam.

Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, buat kismis sahaja.


2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk, Tutup bekas air dan jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu sudah boleh diminum.

4. Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi walaupun bukan di bulan ramadhan.

5. Amalkan masa perut kosong.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...