Friday 29 July 2016

Mengapa produk muslim mahal?

Mengapa produk muslim MAHAL?

Sebenarnya persoalan ini adalah mudah untuk dijawab. Kerana persoalan kepada kenapa “produk halal itu selalunya mahal” dan sebaliknya kenapa “produk yang tidak halal itu murah”?

Semuanya adalah terletak kepada kos pengeluaran dan jumlah pemasaran produk tersebut.


Bagi pengusaha-pengusaha yang mengenepikan isu-isu halal-haram dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata akan mencari sumber-sumber yang murah walau pun sumber tersebut tidak halal atau lebih tepat lagi HARAM. Tetapi bagi pengusaha yang sensitif tentang isu halal-haram, sumber-sumbernya adalah terhad kepada yang halal sahaja dan pengendaliannya juga dijaga untuk menjamin kehalalan, kesucian dan kebersihan produk tersebut. Jadi kosnya adalah lebih mahal.

Dari segi pemasaran pula, bagi produk-produk yang tidak halal, pelanggannya terdiri dari pengguna-pengguna bukan Islam, juga yang sedihnya, tidak ketinggalan sebilangan besar pengguna umat Islam yang mengenepikan atau tidah sensitif isu halal-haram juga membeli produk tersebut, bagi mereka 'janji murah'. Oleh sebab itu dari segi 'volume atau jumlah jualannya adalah sedikit dan kurang keuntungannya.

Bagi produk halal pula, ianya terhad kepada pembeli atau hanya berkisar kepada umat Islam yang betul-betul sensitif dengan isu halal-haram sahaja dan juga terdiri dari sebilangan kecil yang bukan Islam yang mementingkan isu kebersihan, kerana mereka yakin kebiasaannya produk yang halal juga adalah bersih dari segi pengendaliannya.

Perkara ini sebenarnya bertolak balik kepada para pengguna-pengguna Islam juga. Kalau para pengguna sanggup berkorban sedikit dan sanggup menyokong perjuangan pengusaha-pengusaha produk halal ini, lama kelamaan apa bila sampai masanya harganya akan turun, Insyallah.

Adalah terlalu murah harga yang terpaksa dibayar kerana hanya perbezaan beberapa ringgit, sanggup membeli produk yang tidak halal atau tidak pasti kehalalannya mengakibatkan daging kita akan dibakar diakhirat kelak.

Apa salahnya kita sebagai pengguna-pengguna Islam mengambil peluang ini untuk berjihad sedikit. Kerana bagi pengusaha-pengusaha produk halal ini, apa bila cukup tahun mereka juga akan menggeluarkan zakat dari jumlah keuntungan mereka, yang mana ia akan membantu dan mengguntungkan umat Islam kembali, Insyallah.

Kelas Aseer Al Haddad

Untuk mendalami ilmu,

Ada jalan yang boleh dicari.

Alhamdulillah.


Demi ahli dan pelanggan ByKamilia

Insya Allah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Restok penangan hari gaji

Alhamdulillah,


Semalam saya restok hampir 3k penangan hari gaji.

Tetapi hampir kontang bila penangan hari gaji.

Allah

Terima kasih yang sudi singgah dan membeli di ByKamilia

Saya jual.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Didik Usahawan

Sila rujuk maklumat lanjut diposter.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Tuesday 26 July 2016

Pertemuan Pemimpin

Alhamdulillah,

Satu mesyuarat Pertemuan Pemimpin telah diadakan pada 24 Julai 2016 bertempat di HQ Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.

Terima kasih Tuan Syed Ibn Syed atas perkongsian gambar.








Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Sunday 24 July 2016

Ikatan ukhuwah

Terima kasih SM Ayer Keroh kerana sudi mencemar duli ke teratak.


Semoga ikatan ukhuwah terjalin erat.

Kekalkan fokus dan teruskan melangkah. 

Insya-Allah, semua izin Allah jua.

Amin!

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Madu Minda Asy Syifa'

Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari

Ramuan utama Madu Minda Asy-Syifa'
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan satu sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kesihatan manusia.


Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioksida (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin

Habbatus Sauda atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga,memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.


Kacang adas kaya dengan potasium dan magnesium yang bermanfaat bagi mereka yang menderita tekanan darah tinggi dan dapat membuka saluran pembuluh darah.


Maryam Moradov seorang ahli gizi berkata kacang adas juga kaya dengan asid folik. Sekalipun asid folik sensitif dengan panas, namun di dalam kacang adas yang telah dimasak masih ditemukan kadar zat ini.

Selain itu, kacang adas juga kaya akan vitamin B6, asid folik dan zat besi yang bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah. Sementara kandungan mangan dan Zn kacang adas bermanfaat bagi pertumbuhan anak-anak. Beliau juga menyebut kacang adas memiliki zat anti oksidan seperti Selenium yang mampu mengelakkan radikal bebas yang membahayakan badan. Kekuarangan Selenium dapat melemahkan kekebalan tubuh badan.

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.
Dari segi saintifik, ia berkesan mengubati gangguan usus, masalah sembelit serta penawar mujarab untuk insomia. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.
Kelebihan buah Tin:

  • Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak.
  • Mengurangkan kepanasan badan ketika demam. 
  • Memecahkan batu karang di dalam badan. 
  • Menyegarkan badan yang lesu. 
  • Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan. 
  • Rawatan buasir. 
  • Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
  • Rawatan penyakit gout 
Kismis memang baik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi serat, antioksidan, valium dan kalium, iaitu nutrien penting untuk badan.


Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama-ulama perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

Zaa’faran merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.



Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Saturday 23 July 2016

Keistimewaan keahlian di bawah kumpulan ByKamilia


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Kelebihan menjadi ahli Al Haddad


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504



Tiada rahsia

Kita menilai diri kita dengan mengukur dari apa yang kita rasa mampu untuk kita lakukan tetapi orang lain akan mengukur kita dengan mengukur dari apa yang telah kita lakukan.

Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan melainkan ia terhasil kerana persiapan, kerja keras dan mahu belajar dari kegagalan!


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Friday 22 July 2016

Gara-gara SD

Alhamdulillah.

Pertama kali dalam sejarah, ByKamilia berurusniaga menggunakan duit dari negara seberang.

Maklum, saya ada RANIA dan pelanggan dari sana. Cuma, tidak pernah terima dengan SD. Semua berniaga dengan Ringgit Malaysia.

Patutlah pembantu saya ada tulis RM.... + $....


Pelik juga...

Memang ketinggalan zaman betul! Hihihi

Terima kasih kerana berurusniaga dengan kami.

Err.. tetapi yang RP tidak diterima ya! 

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai


019-6558504

Pertemuan Pemimpin

SM Skudai mengucapkan Selamat Datang kepada semua delegasi ke Majlis Pertemuan Pemimpin Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. yang akan berlangsung pada 24 Julai 2016.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Sunday 17 July 2016

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut.

Natural Hair Cream dikeluarkan khusus untuk merawat rambut.

Yang paling penting, harganya mampu dibeli oleh semua peringkat golongan. 

  1. Dibuat 100% daripada herba terpilih.
  2. Sesuai untuk lelaki dan wanita, seawal usia kanak-kanak.
  3. Tersedia di dalam tiub yang mudah digunakan.
  4. Ia mudah disimpan.
  5. Merawat masalah rambut beruban.
  6. Merawat masalah rambut gugur dan jarang.
  7. Merawat masalah kelemumur. 
  8. Berkesan dalam tempoh masa yang singkat dengan izin Allah swt.
  9. Dikilangkan di Malaysia dan semestinya halal.
  10. Tidak berminyak atau melekit.
  11. Tidak mengandungi paraben.
  12. Hasilnya kekal.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Kelebihan Minyak Real Lube

Kelebihan Minyak Real Lube

  • Pengunaan sehingga 20000 kilometer.
  • Ultra penggunaan bahan api rendah.
  • Hebat ketenangan dan perlindungan geseran maksimum.
  • Tahap tertinggi prestasi bagi enjin petrol.
  • Sesuai untuk semua enjin berprestasi tinggi, dari penentuan masa terbaru enjin penjimatan bahan api dan VariableValve tinggi-output model termasuk kenderaan turbocharged.
  • Gred Kelikatan - SM / ILSAC GF-4 10W-50.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Susu kambing Al Haddad

Dalam group Leader hari ini, ada persoalan tentang

Adakah susu kambing Al Haddad ada campuran susu lembu?

Jawapan saya,

TIADA

Jika kita tengok dalam kotak di bahagian ramuan, memang tertulis hanya tepung susu kambing sahaja.


Selain itu, terdapat fakta unik tentang susu kambing.
  1. Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang. 
  2. Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme,membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
  3. Pengambilan susu kambing yang kerap membantu wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).
  4. Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  5. Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
  6. Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  7. Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema (kegatalan pada kulit).
  8. Susu kambing mengandungi enzim,vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
  9. Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
  10. Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan, migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.
Kemudian, kita lihat pula kebaikan dan khasiat susu kambing DISINI.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:
 
Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet kanak-kanak dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yang halus dan sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
Susus kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu dan susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Jadi susu kambing tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (acid capric dan caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu kambing kaya dengan mineral selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan antioksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
.
Susu kambing kaya bahan bioorganik sodium

Susu kambing didapati mengandungi kandungan bioorganik sodium yang tinggi. Bioorganik sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen antipenuaan. Bioorganik Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisme yang berbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, ekzema, kolik, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silikon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

Susu kambing juga mengandungi faktor antibarah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Sejarah Al Haddad di At Selatan bermula

Sejarah Al Haddad di Johor bermula dari program motivasi pada 16 Jun 2012


Alhamdulillah, sekarang Al Haddad semakin dikenali di setiap daerah dan ceruk di Johor Bahru.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Saturday 16 July 2016

Terima kasih tim logistik

Alhamdulillah.

Terima kasih SN Johor atas bil invois! Sedap mata memandang bila melihat angka-angka di atas bil invois tersebut.

Terima kasih tim logistik! Memastikan stok sampai dengan selamatnya di ByKamilia.


Hihihi

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Ziarah Raya

Alhamdulillah

Berkesempatan menziarah raya di rumah stokis Al Haddad Skudai (Mutiara Rini). Walaupun sudah lewat malam lantaran menguruskan hal-hal lain, mujur Kak Radh sudi terima kehadiran kami sekeluarga dengan hati yang terbuka.

Menu yang dihidangkan amat enak-enak belaka. Ada sate, laksa penang, dan pelbagai menu lagi. Allah, semoga Allah membalasnya.

Terima kasih Kak Radh di atas jemputan.


Jangan serik ya!

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Oh My HQ

Perkongsian gambar dari Puan Rahmah Rahmat.

Keadaan stor di HQ yang sarat dengan stok untuk memenuhi keperluan stokis satu Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Jepun .

Alhamdulillah.

Cuba tengok siapa yang 'terselit' di celah-celah kotak?





Hihihi

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Thursday 14 July 2016

Didik Usahawan

Sila rujuk maklumat lanjut di poster.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Tuesday 12 July 2016

Kegunaan minyak zaitun

Nabi s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Seramai enam belas pakar kedoktoran berkumpul di Roma pada 21 April 1997, untuk menerbitkan beberapa jurnal dan membuat keputusan bertemakan 'Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah'.


Dalam pernyataan tersebut, mereka juga menegaskan bahawa penggunaan minyak zaitun dapat memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, mengurangkan atau mengawal kadar kolesterol dalam darah, mengawal tekanan darah, merawat diabetes dan juga obesiti. Di samping itu, minyak zaitun juga berkhasiat dalam mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Minyak Zaitun juga boleh mengurangkan risiko terjadinya penyumbatan (trombosis) dan penebalan (arteriosklerosis) pada pembuluh darah.


Satu kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini juga menunjukkan bahawa minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan kanser usus. Satu kajian awal menunjukkan bahawa antioksida dalam minyak zaitun mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. 



Ia juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada muka selam 15 minit. Selain itu, minyak zaitun juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan pertumbuhan uban, berkesan dalam melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Kebaikan Evening Primrose Oil

Evening Primrose Oil (EPO) halagel adalah minyak yang diproses dan diekstrak tanpa haba dan tanpa penapisan kimia sesuai untuk semua peringkat generasi wanita.


Bagi wanita remaja/gadis
  • Mengembalikan kitar haid yang normal.
  • Melegakan sakit ketika haid,
  • Mengekalkan kulit yang sihat dan mengurangkan jerawat.
  • Bagi wanita yang pertengahan usia (30 tahun ke 40 tahun)
  • Mengurangkan ekzema.
  • Memperbaiki kulit tumit kaki yang merekah (cracked heel). Amalkan bersama rendaman kaki garam bukit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak.
  • Menguatkan kuku yang rapuh dan mengelupas.
Bagi wanita lanjut usia yang putus haid
  • Mengurangkan simptom putus haid seperti panas badan, mood yang tidak baik, kekeringan faraj dan gangguan masaalah tidur.
  • Melegakan kesakitan bahagian sendi
  • Memperbaiki kulit yang kering
  • Mengurangkan garisan halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda
Evening Primrose Oil boleh digunakan oleh kanak kanak dan juga orang dewasa yang mengalami masalah kulit seperti kegatalan, kulit berkeruping, edema dan kemerahan.

Evening Primrose Oil juga melegakan kulit tumit kaki yang pecah dan tangan sensitif dari dalaman.

EPO juga menyelesaikan masalah rambut yang kering dan kerinting, bercabang dan mengelakkan kerosakan disebabkan pewarnaan rambut dan pengeringan rambut yang kerap.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Habbatus Sauda dan penyakit batu karang

Amalkan pengambilan habbatus sauda bersama-sama segelas air panas bercampur madu sebagai rutin harian. 

Insya-Allah, ia dapat membantu menghancurkan dan merawat batu karang.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, dan sebagainya.



Kajian tentang penyakit batu karang.

Daripada kajian Dr. Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga Malaysia mengidap penyakit batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2005 sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang telah dirawat di HUSM.


Penyakit batu karang terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
- Batu karang dalam ginjal
- Batu karang dalam hempedu

Keradangan pundi hempedu (Cholecystitis)
Pundi hempedu adalah organ kecil berhampiran dengan hati yang berperanan mencernakan makanan. Ia mengandungi bendalir penghadaman dikenali sebagai hempedu, yang disalurkan ke dalam usus kecil untuk membantu proses penghadaman.

Keradangan pundi hempedu juga dikenali sebagai Cholecystitis, yang disebabkan oleh batu karang. Batu karang terjadi akibat ketidakseimbangan dalam bahan-bahan seperti hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain, ataupun disebabkan oleh ketidakupayaan pundi hempedu untuk mengosongkan pundi dengan betul.

Batu karang kemudiannya menghalang tiub yang membawa hempedu daripada pundi hempedu, dan seterusnya menyebabkan sakit perut seperti yang anda alami. Cholecystitis juga mungkin disebabkan oleh masalah atau ketumbuhan pada salur tersebut.

Antara petanda-petanda Cholecystitis termasuklah loya dan muntah-muntah. Ada juga pesakit yang mungkin mengalami demam, sakit teruk semasa menarik nafas yang dalam, serta kesakitan selama lebih daripada 8 jam.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Apa maksud logo MeSTI?

Apa yang ada dalam logo MeSTI?

MeSTI adalah singkatan daripada perkataan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri ataupun dalam bahasa Inggerisnya "Food Safety is the Responsibility of the Industry".

Program ini dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). MeSTI adalah skim keselamatan makanan yang direka khusus untuk membantu pengusaha PKS mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan.


MeSTI ni menyasarkan kepada pengusaha PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) dalam membantu memperkuatkan jenama-jenama PKS yang baru hendak melonjak naik. Secara asasnya, kalau produk PKS tu dah ada logo MeSTI, produk itu akan disediakan mengikut piawaian kebersihan yang telah ditetapkan oleh KKM dan kebersihan adalah terjamin.

Selain itu, sijil MeSTI yang dikeluarkan oleh KKM ini telah diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain dan menjadi keperluan untuk Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Namun begitu, jika tiada logo atau lambang MeSTI tu bukan bermaksud produk itu tidak bagus. Tetapi, MeSTI merupakan penanda aras bahawa sesuatu produk PKS tersebut telah diaudit oleh KKM dan amalan pengilangan menepati piawaian kebersihan KKM itu sendiri.

Tamar Cocoa dan G-Oat merupakan produk Al Haddad yang telah mempunyai logo MeSTI.



Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504


Disclaimers

[MAKLUMAN]


Segala testimoni yang dikongsi di sini atau penulisan tentang produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...