Saturday 2 July 2016

Mengapa anak suka menconteng dinding

Mengapa anak suka menconteng dinding.

Walaupun sudah diberi buku kosong.

Kertas...

Tetapi tetap juga suka menconteng dinding.

Rupa-rupanya ada beberapa sebab mengapa anak-anak suka menconteng dinding.

Kedudukan pada paras mata
Keadaan menulis pada paras mata menjadikan anak dapat menulis dengan lebih selesa. Dan bagi anak kecil, berdiri adalah posisi yang selesa untuk dia bereksplorasi. Itulah kenapa kebanyakan kanak-kanak tidak suka duduk menulis di kertas


Ruang menulis tanpa batasan
Dunia imaginasi anak kecil sangat luas, sedangkan saiz kertas adalah terhad untuk meluahkan imaginasinya. Semasa melukis di dinding, tangan mereka bebas ke kanan, ke kiri, ke atas dan bawah. Ia memberikan pengalaman berimaginasi tanpa batasan.

Anak 'meneroka masuk' ke dunia lukisan
Ibubapa harus sedar, 2/3 waktu anak-anak dalam sehari adalah untuk berimaginasi. Jadi apa juga yang mereka lakukan, mereka selalu menjadi sebahagian dari aktiviti tersebut. Dan lukisan di dinding yang bersaiz besar menjadikan imaginasi mereka lebih ‘hidup’.

Bila dilihat kepada sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding, maka wajarlah ibubapa cuba mengendali isu ini secara kreatif. Sebenarnya tempoh anak suka menconteng di dinding tak lama pun, biasanya sekitar usia 2-3 tahun.

Apa alternatif ibu?

Bahan yang diperlukan hanya
1. Kotak terpakai
2. Pensil warna.

Ia murah dan sangat menjimatkan! 











Walaupun dinding masih diconteng, tetapi ia boleh 'mengurangkan' kadar contengan!

Alhamdulillah,

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...