Wednesday 10 August 2016

Delima dan ibu mengandung

Siapa yang tidak kenal Buah Delima?

Buah delima sangat dikenali dengan bentuk, warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan. Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga.

Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran, kehidupan dan kematian. Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima.

Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah.


Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat untuk bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...