Monday 29 August 2016

Jenis Buah Zaitun

Amfissa
Kultivar ini berasal dari negara Greek yang dikenal pasti dari daerah bernama Amfissa (Tengah Greek) dan jugan dekat dengan bandar Delphi. Jenis ini mendapat perlindungan dibawah (PDO status) dan sangat baik kualiti ekstrak minyak. Pada masa ini dilaporkan terdapat sebanyak 1,200,000 pokok olive jenis ini yang dilindungi sebagai landskap semulajadi di negara tersebut.

Arbequina
Varieti ini adalah jenis buah kecil dan berwarna coklat apabila matang. Ia berasal dan banyak ditanam dikawasan Aragon serta Bandar Catalonia di Sepanyol. Jenis ini sangat sesuai untuk dimakan segar dan juga diekstrak untuki menghasilkan minyak zaitun.


Bari Zaitoon
Jenis ini banyak ditanam dan berasal dari negara Pakistan. Ia baru sahaja didaftarkan dan masih belum banyak maklumat mengenainya.


Barnrea
Jenis ini berasal dan dibiakkan di negara Israel dengan dua kegunaan iaitu segar dan diproses. Ia merupakan varieti yang tahan dari serangan penyakit dan memberikan hasil tinggi. Minyak yang dihasilkan mempunyai baru harum yang kuat dan kini banyak ditanam di tiga negara sahaja iaitu Israel, Australia dan New Zealand.


Bosana
Varieti ini paling banyak ditanam di kawasan Sardinia di negara Itali. Itali menghasilkan sebanyak 3.182 juta metrik tan buah zaitun setahun dan merupakan negara kedua pengeluar buah zaitun didunia dengai nilau pengeluaran sebanyak USD 2.254 billion pada tahun 2011. Jenis ini hanya untuk diproses menjadi minyak sahaja.


Cornicabra
Jenis ini berasal dari Bandar Toledo, Sepanyol yang menyumbangkan sebanyak 12% dari pengeluaran buah zaitun dalam negara tersebut. Ia ditanam untuk penghasilan minyak.


Dormant
Varieti Dormant ditanam di Turki sebagai buah zaitun berwarna hijau yang diproses untuk menghasilkan minyak. Turki menghasilkan sebanyak 1.750 juta metrik tan buah zaitun pada tahun 2011 (FAO Statistic) dengan kedudukan ke 4 terutama diseluruh dunia bernilai USD 1.40 billion.


Empeltre
Varieti ini berasal dari kawasan Pedrola, Aragon di Sepanyol. Ia adalah jenis buah zaitun bersaiz sederhana berwarna hitam yang boleh dimakan segar dan juga diproses menjadi minyak.


Frantioino/Leccino
Kultivar ini berasal dari kawasan Tuscany di Itali yang menjadi bahan asas untuk industri minyak zaitun dinegara tersebut. Kini varieti ini telah banyak ditanam dibeberapa negara lain kerana ia mempunyai nilai tinggi dan rasa yang baik iaitu manis sedap.



Gemilk
Ini adalah varieti dari kawasan bandar Gemilk di Turki. Ia mempunyai saiz buah yang kecil dan sederhana dengan warna kehitaman apabila masak. Ia mengandungi minyak yang tinggi dan sering digunakan dalam sajian sarapan pagi di negara tersebut. Isinya agak mudah dikupas berbanding dengan varieti lain daripada bijinya.


Hojibblanca
Varieti ini juga berasal dari Sepanyol iaitu dikawasan Cordoba iaitu satu daripada kawasan utama penanaman pokok zaiton. Minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi walau pun ianya mempunyai rasa sangat pahit.


Hondroelia Haldkidiki
Jenis ini berasal dari kawasan Haldkidiki atau juga digelar sebagai 'hondro-thick' atau 'donkey-olive' yang banyak terdapat di utara negara Greeek. Buahnya berwarna hijau den mempunyai rasa sangat pahit.

Izmir Sofralik
Pokok jenis ini berasal dari Turki yang ditanam untuk menghasilkan minyak zaitun.

Kalamata
Varieti ini berasal dari negara Greese yang mempunyai saiz buah yang besar dan berwarna hitam. Ia banyak ditanam dikawasan Kalamata yang mempunyai rasa seperti daging dan licin kulitnya. Kegunaan selain daripada untuk hasilkan minyak adalah untuk dibuat wain, cuka dan juga kegunaan harian (table olive). Varieti ini mendapat perlindungan dari PDO (Persatuan Olive Dunia).


Koroneiki
Ia berasal dari bandar Koroneiki, Pelopponese dan Mani di negara Greece. Buahnya kecil dan agak sukar untuk ditanam tetapi mampu menghasilkan buah yang banyak dan varieti ini mempunyai kualiti minyak unggul.


Lucques
Kultivar ini berasal dari Perancis Selatan dikawasan bernama Aude. Ia adalah pokok zaitun yang menghasilkan buah agak besar, berwarna hijau dan agak panjang bentuknya. Kualiti minyaknya sederhana dan agak lembut.



Maalot
Mendengar namanya saya dah agak ia berasal dari Israel yang dikatakan tahan kepada serangan penyakit. Waalau pun ia berasal dari Chemlali di Afrika Utara, aktiviti biakbaka dijalankan di Israel dan ia mempunyai saiz buah sederhana, bentuk bulat dan rasa sedap. Kebanyakan untuk ekstrak minyak juga.


Manzanilla
Varieti zaitun ini berasal dari Sepanyol yang natif dibandar Dos Hermanas dan Seville. Ia mempunyai saiz besar, berwarna ungu kehijauan dan berbentuk bulat oval. Isinya tebal dan kaya dengan zat dimana ia kini ditanam dibanyak negara lain.


Memeli
Varieti ini berasal dari begara Turki yang menghasilkan buah berwarna hijau, brine dan juga warna hitam. Ia hanya untuk diproses bagi menghasilkan minyak.


Mission
Varieti ini berasal dari California di Amerika dan luas ditanam di seluruh California. Warna buahnya kehitaman dan kebanyakannya adalah untuk dimakan segar (generally used for table consumption).


Naballi
Jenis ini berasal dari negara Palestin yang mana nama lokalnya adalah Baladi. Ia banyak ditanam di kawasan seperti di Souri dan Malissi dimana varieti ini merupakan pokok zaitun yang menghasilkan kualiti minyak yang terbaik didunia.


Patrinia Olive
Varieti ini berasal dari negara Greek yang banyak ditanam di kawasan Aigialeia. Ia ditanam untuk kegunaan segar dan diproses menjadi minyak zaitun.


Picholine
Varieti ini banyak ditanam di Selatan Perancis dimana buahnya adalah berwarna hijau dan mempunyai saiz sederhana dan bentuk memanjang. Buah jenis ini dimakan segar dan juga diproses dimana mempunyai rasa lembut dan rasa seperti buah kacang (nutty taste).


Picual
Buah zaitun varieti ini berasal dari Sepanyol Selatan didaerah Jaen walau pun kini telah ditanam di seluruh kawasan di Sepanyol. Ia merupakan 50% dari varieti pokok zaiton yang ditanam di Sepanyol dengan sebanyak 20% daripada pengeluaran minyak zaitun didunia. Ia mempunyai sara manis dan bau yang amat kuat dan juga digunakan sebagai 'table olive'.


Ouri
Varieti ini banyak ditanam dan dipercayai berasal dari negara Lebanin. Ia berasal dari bandar Sur (Tyre) tersebar sehingga ke kawasan Levant. Varieti ini menghasilkan minyak yang banyak dan mempunyai kuaiti minyak yang kuat aromanya.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...