Monday 8 August 2016

Label hitam pada ubat gigi Nazif

Saya menerima WA daripada sahabat stokis saya tentang label hitam yang ada pada ubat gigi Nazif. Mula-mula saya tertanya-tanya juga label apa yang dimaksudkan beliau sehingga beliau menghantar gambar ini kepada saya.


Lantaran viral video seperti di bawah:


Betul ke ada BAHAN KIMIA?

Rupa-rupanya banyak lagi warna label yang ada seperti hijau, biru, merah dan hitam.

Hijau: Semulajadi
Biru: Semulajadi ada campuran ubat
Merah: Semulajadi ada campuran komposisi kimia
Hitam: Kimia asli (100% kimia)

Jadi, betul ke kandungan ubat gigi Nazif ada KIMIA ASLI?

Sebenarnya...

Sebenarnya...

Sebuah laman web luar negara bernama 'Hoax-Slayer.com' telah membongkar misteri disebalik warna berkenaan.


Bentuk 4 segi tepat tu dipanggil 'eye-marks' ataupun dikenali juga dengan nama 'eye-spots'.

Apa 'eye-marks' itu?

Eye mark register "A printed rectangular mark most often found along the edge of webstock that can be identified by an electric eye. The mark identifies a point on the web where an individual package is to be cut"

Bahasa mudah adalah penanda, proses apa yang hendak atau perlu dibuat dalam setiap proses pembungkusan.

Eye marks boleh dikesan atau dikenal oleh peralatan elektronik yang canggih dalam sistem pembungkusan yang moden. Eye marks ini memberi seribu satu macam arahan proses pembungkusan.

Banyak lagi produk yang ada eye marks seperti pencuci muka, perapi rambut atau apa sahaja produk dalam bekas atau tube sebegitu.

Antaranya arahan seperti dimana hendak potong tiub ubat gigi itu, kemudian tiub itu bila hendak dikelim atau di mana hendak dikelim, arahan untuk warna tiub dan lain-lain lagi.


Sebenarnya. bahan makanan pun ada label eye marks seperti teh, maggie, biskut dan lain-lain lagi.

Adakah barang makanan itu ada bahan kimia? 


Kebanyakan produk mempunyai tanda eye marks ini tetapi sama ada kita sebagai pengguna perasan atau tidak perasan sahaja.

Semoga memberi manfaat!

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...