Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Thursday, 11 August 2016

Minyak Kelapa Dara Al Haddad Marketing

Minyak Kelapa Dara adalah 100% organik dan tidak menggunakan bahan kimia.



Minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang baik untuk kesihatan.

Minyak Kelapa Dara dihasilkan menggunakan isi kelapa segar (bukan kopra) dengan kaedah yang TIDAK melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, proses penghidrojenan dan penggunaan bahan pencair (solvent) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Isi kelapa segar yang diparut akan diperah samada menggunakan mesin pemerah atau secara tradisi menggunakan tangan, dibiarkan selama 24 hingga 48 jam dalam bekas yang bersih dan suci untuk mengasingkan santan, air dan minyak kelapa. Selepas 24 - 48 jam, perahan isi kelapa tadi akan terbentuk dalam tiga bahagian:
  • Minyak
  • Air
  • Santan
Minyak akan terbentuk di atas sekali, air di bahagian tengah dan santan di bahagian bawah.

Minyak kemudiannya ditapis keluar secara manual atau menggunakan mesin. Minyak yang terhasil inilah dinamakan Minyak Kelapa Dara, kerana cara pemperosesannya yang tidak menggunakan haba tinggi dan sebarang bahan kimia. Tidak seperti minyak-minyak sayuran dipasaran, Minyak Kelapa Dara tidak melalui proses yang dinamakan RBD (refined, bleached and deodorized) iaitu penghalusan, penyahan warna dan penyahan bau. Dalam proses RBD, haba yang tinggi digunakan untuk mengnyahkan bau minyak, dinyah warnanya dan ditapis beberapa kali untuk menghilangkan bahan-bahan asing dalam minyak yang biasanya terjadi dalam proses pengilangan besar.

Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan secara tradisi mengekalkan warnanya yang jernih, bau isi kelapa yang sebenar, tidak berasa 'asap' (smokey taste), tahan lama sehingga 24 bulan dan mudah beku pada suhu 25 darjah ke bawah. Minyak Kelapa Dara yang berciri seperti di atas telah diakui sebagai minyak yang paling sihat dalam dunia!

Soalan 2:
APAKAH KEBAIKANNYA KEPADA IBU MENGANDUNG DAN IBU DAN BAYI MENYUSU?

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. 

Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. 

Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan. Satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak. Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.

SOALAN 3:
APAKAH KEBAIKAN-KEBAIKAN YANG LAIN BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG?

Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin dan juga dapat mengatasi keletihan badan ketika mengandung dan juga ketika mengembalikan kecerdarsan selepas pantang dan ketika berpantang

SOALAN 4:
BOLEHKAN VCO DISAPUKAN DI BADAN BAYI ATAU DIAMBIL OLEH BAYI?

Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihataN). Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.

VCO boleh diberikan pada kanak-kanak yg berumur 4 tahun ke atas tidak kira untuk lelaki atau perempuan. Boleh digunakan dan disapukan kepada bayi anda jika mengalami 'rashes'.

Diharapkan keterangan diatas dapat merungkaikan was-was dihati ibu-ibu mengandung dan ibu serta untuk bayi menyusu. Sejak minyak kelapa dara diperkenalkan didalam bentuk cecair lagi, ramai ibu telah menggunakan utk tujuan senang bersalin.





Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Stokis Tamar Cocoa Johor 0196558504