Sunday 31 December 2017

Lupa password Al Haddad

Seandainya anda lupa password Al Haddad, 


Sila emaikan details anda ke alamat email, admin@alhaddadmarketing.com

Letakkan

Username:
Nama:
No. KP:
No tel:
Upline:


Wednesday 29 November 2017

Botol Vco berwajah baru

Wahhh...

Dapat sumber dari internet, botol vco sekarang sudah BERWAJAH BARU.

Warna Emerald Green gitu.


Cantik kan?

Friday 3 November 2017

Free Cost Marketing di Page Facebook

Page facebook adalah medium atau salah satu "channel" marketing penting bagi peniaga online.

Page facebook juga boleh diibaratkan sebagai kedai kita selain website.

Kak Ida kongsikan secara asas apa yang perlu dibuat pada Page untuk dijadikan carian di google (walaupun bukan pada carian google di page pertama).

Ini adalah bagi free cost marketing ya. Bukan FB Ads.



Namakan Page facebook (tajuk) mengikut apa yang kita tawarkan. Namun, apa yang Kak Ida tekankan di sini adalah di bahagian @. Letakkan username kita yang mudah dicari oleh orang di carian google.

Username ini boleh diedit pada bahagian "About". Elakkan menukar dengan kerap username ini bagi mengelakkan Page kita di "banned".

Kemudian, letakkan CTA atau Call To Action.

Lumrah manusia mahukan maklumat yang cepat. Bukan "tercari-cari".

Terpulang pada masing-masing untuk create CTA yang dimahukan. Mengikut keselesaan masing-masing.

Pilihan Kak Ida semestinya "Call Now" atau "Send Message".

Ini adalah yang paling-paling asas yang perlu dibuat dalam Page kita.

Nantikan entry terbaru Kak Ida mengenai apa yang perlu ditulis dalam Page.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jangan lupa "tampal" link Page Facebook masing-masing di ruangan komen ya.

Wednesday 1 November 2017

Apa yang ada dengan website Al Haddad (Part II)

Entry ini adalah sambungan dari post ini. Untuk baca, sila klik DISINI

Selepas ahli Alhaddad login username dan password masing-masing akan terpapar 'MEMBER MENU' di bahagian sudut kiri website. 

Di paparan member menu terdapat:-
  1. Member home
  2. Downlines
  3. Statement 
  4. Transaction 
  5. Profile
  6. Logout

MEMBER MENU: 
1. Member home
Klik 'member home' dan akan terpapar butiran seperti username, nama, phone, email, state dan Date registered. 

Maklumat komisen anda juga berada di member menu. 

Kemudian klik:
'Rekod Bayaran Bonus - klik di sini' 
jika anda registered sebagai member Alhaddad bermula dari tahun 2014, paparan komisen anda setiap bulan bermula tahun 2014 dan terkini akan dipaparkan.

Selain itu, terdapat juga 'Penyata Komisen' bulan semasa. 

Ahli boleh klik:
'Lihat Komisen Semasa - klik di sini'
Sebagai contoh: jika sekarang bulan Oktober, komisen terkini anda akan dipaparkan.

2. Downlines 
Setelah klik downlines, akan terpapar senarai ahli-ahli Alhaddad yang telah didaftarkan dibawah username anda. 

Perkara penting dalam menu Downlines ialah:
1. 
2. Nombor aras ahli
3. Tarikh ahli register
4. +

Jika ada tanda  pada username downlines anda, bermaksud beliau sudah membeli pada bulan tersebut. Tarikh pada nama downlines ialah tarikh mereka mendaftar sebagai ahli

Perhatikan nombor pada permulaan username downlines anda. jika [2], bermaksud dia berada dalam level 2 anda. Sebagai contoh, beliau membeli Vco Halalgel, komisen peribadinya RM 0.70, anda akan mendapat komisen rangkaian RM0.80. Itulah kegunaan nombor pada [   ] di downlines. 

+ menunjukkan downlines anda juga mempunyai downlines mereka sendiri. Jika anda klik, akan terpapar details downlines ahli anda.


3. Statement 
  • Anda boleh menyemak komisen yang diterima dari mula-mula anda menjadi ahli. 
  • Pilih bulan dan tahun. tunggu sehingga penyata terpapar jumlah komisen anda.
  • Untuk lihat berapa banyak rangkaian anda telah membeli, atau samada anda layak atau tidak mendapat insentif syarikat, KLIK 'LIHAT JUALAN'.

Didik Usahawan

Sila rujuk maklumat lanjut di poster. Terima kasih.


Apa yang ada dengan website Al Haddad (Part I)

Perkongsian ini hasil daripada coaching online di Group Telegram Online AlHaddadMSB oleh SM Jitra, Cik Puan Mdm Syazwani.

Apa yang ada dengan website Al Haddad sebelum dan selepas login. Post kali ini hanya menyentuh sebelum pengguna melayari laman web ini ya.

Umum mengetahui jika kita membeli apa sahaja produk Alhaddad, kita akan menerima komisen. Tetapi di mana ahli hendak menyemak komisen tersebut?

Itulah kegunaan utama website Alhaddad. Semak komisen. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi manfaat dalam website jika kita rajin explore.

Jom kita tengok dulu paparan muka hadapan website.

Klik www.alhaddadmarketing.com


Umum mengetahui, jika kita hendak tahu maklumat dalam website, kita perlu login dahulu. Sebenarnya TIDAK.

Sebenarnya, tanpa login terlebih dahulu, kita atau visitor sudah boleh mengakses maklumat di website.

Perhatikan sudut atas website. Terdapat 8 menu utama yang boleh diakses iaitu:-
  1. Utama
  2. Syarikat
  3. Produk
  4. Plan
  5. Insentif
  6. Aktiviti
  7. Stokis
  8. Testimoni
Di paparan
1. UTAMA
Jelas menunjukkan intipati company overview, vision, mission, history of Alhaddad, company profile Alhaddad Group (Alhaddad Marketing Sdn Bhd & Alhaddad Manufacturing Sdn Bhd) dan company organisation.

Ini bermakna di ruangan UTAMA, kita boleh mengetahui tentang perkara umum tentang syarikat dan Biodata Tuan CEO. Orang penting di belakang syarikat Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.



2. Syarikat
Di paparan Syarikat, ada menunjukkan carta kepimpinan Alhaddad Group dalam dan luar negara serta Gambar Alhaddad Group.


3. Produk 
Gambar produk yang ditawarkan oleh syarikat beserta harga pasaran.

Paparan ini sangat berguna terutama ahli-ahli baru yang ingin memperkenalkan kepada bakal ahli, produk-produk yang ada dalam AlHaddad. 

4. Plan
Dipaparan ruangan plan, ada menunjukkan komisen jualan setiap produk. Ini sangat berguna untuk rujukan ahli yang aktif menjana pendapatan bersama AlHaddad. Ahli juga boleh melihat berapa komisen setiap barang AlHaddad yang berjaya dijual sebagai projection income.

Komisen Peribadi Stokis pula adalah untuk rujukan ahli atau stokis. Sangat penting untuk ahli faham berapa keuntungan yang stokis perolehi jika stokis mengenakan caj pada COD.



5. Insentif
Alhaddad juga menyediakan insentif percutian ke luar negara dan wang tunai untuk ahli yang berjaya mencapai group sales seperti dalam syarat insentif. 

Boleh rujuk website atau gambar di bawah untuk maklumat setiap insentif.



6. Aktiviti Syarikat
Seperti Didik Usahawan atau  Majlis yang dianjurkan oleh Alhaddad.

7. Stokis
Terdapat maklumat stokis seperti No. telefon dan lokasi stokis-stokis di seluruh Malaysia. 

8. Testimoni

Ok, seterusnya apa yang ada dalam website setelah ahli login username dan pasword.

... bersambung

Tuesday 31 October 2017

Compress bonus

Untuk melayakkan kita mendapatkan compress bonus merujuk pada jumlah RM pembelian pada bahagian Personal Sales.


Minimum jumlah pembelian adalah sebanyak RM 140.00

Perlu diingatkan juga semakin tinggi ahli mendapat compress bonus ini bermakna rangkaian di bawah kita tidak ramai yang membeli.

Selain itu, syarat compress bonus diperoleh dari mereka yang tidak membuat pembelian peribadi pada bulan tersebut sahaja. Ini bermakna, nilai RM yang dapat adalah berubah-ubah.

Antara strategi upline yang boleh digunakan untuk mengajak mereka kembali aktif adalah di dalam sistem, akan tertera TIADA BAYARAN. Ibarat duit di depan mata tetapi tidak boleh dicapai.

Gituwww...

Asas
Level 1 adalah orang yang kita promote kerana tiada had. Semakin ramai ahli di bawah rangkaian kita semakin baik kerana gandaan matrix akan menjadi lebih besar.

Level 2 didaftarkan oleh ahli yang ditaja pada aras satu.

Sebagai contoh, kita mengambil kiraan komisen tamar cocoa.

ANDA
Level 1 = RM 0.70
Level 2 = RM 0.60

Andaikan bulan ini level satu tidak membeli tetapi level 2 membeli. Ia tidak akan terkesan pada ANDA kerana syarat maintain pembelian peribadi adalah satu unit kerana ANDA akan dapat komisen level 2 = RM 0.60 juga.

Bagi ANDA yang buat compress pula RM140 aras dua tadi akan dinaikan pada aras satu. ANDA akan dapat RM 0.70 (sepatutnya RM 0.60). Ini yang dimaksudkan dengan kelebihan compress bonus.

Bulan berikut sekiranya level 1 maintain semula pembelian peribadi, dia akan masuk kepada kedudukan asal dan compress bonus ANDA akan RM 0 walaupun ANDA membuat pembelian peribadi sebanyak RM140.00 (itu yang dimaksudkan compress bonus akan menjadi turun naik).

Selain itu, kelebihan compress bonus,

Level 1 hingga level 5 tidak aktif.

Tiba-tiba level 6 bersemangat untuk berbisnes. ANDA pula memandang level 6 mempunyai komisen  yang kecil.

Jika ANDA membuat compress bonus, level 6 akan dicompresskan menjadi level 1.

Tiada yang rugi. Semua win-win situation.

Jangan menunggu level 1 bergerak. ANDA perlu fokus kepada mereka yang mahu dibantu untuk berniaga.

Insya-Allah.

Trading berkomisen Al Haddad

Assalammualaikum semua.

Syukur alhamdulillah, Kak Ida berkesempatan untuk 'compile'kan semula nota di Group Telegram Online AlHaddadMSB yang disampaikan oleh Cik Puan Halimatun Saadiah. Beliau merupakan SM Ipoh, Perak.

AlHaddad Marketing Sdn. Bhd. berkonsepkan komisen trading atau dengan kata lain, “banyak kita jual, banyak kita akan dapat komisen.”

Ini bermakna, setiap pembelian produk Al Haddad, kita akan dibayar komisen oleh syarikat pada setiap bulan. Bezanya ialah jumlah komisen tersebut bergantung kepada produk.

Komisen terbahagi kepada dua
  1. Komisen peribadi
  2. Komisen rangkaian
Jika kita lihat pada transaction log, kita akan lihat ada menu Personal Sales.

Ini merupakan komisen peribadi yang diterima daripada pembelian yang menggunakan username atas nama kita sendiri.


Manakala transaction jenis Unilevel Bonus pula, ini merupakan komisen rangkaian yang diterima kerana downline atau jemaah dibawah rangkaian kita membuat pembelian.

Caranya ialah:-
Login www.alhaddadmarketing.com
Masukkan username dan password yang sah


Kenapa status TIADA BAYARAN


Ini kerana, ahli tidak maintain pembelian berkomisen 70 sen atau tidak membuat sebarang pembelian produk Al Haddad yang berkomisen 70 sen pada bulan tersebut. Ini bermakna, komisen rangkaian/unilevel akan hangus terbakar.

Berapa minimum komisen syarikat Al Haddad Marketing Sdn. Bhd akan masukkan ke dalam akaun bank? 

Untuk makluman, syarikat Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. hanya menggunakan empat bank iaitu Maybank, Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Bank Islam.

Sebanyak RM 5.00 paling minimum. Namun begitu, jumlah yang masuk ke dalam akaun bank adalah RM 3.00 kerana terdapat caj perkhidmatan bank sebanyak RM 2.00.

Kiraan komisen adalah seperti berikut:-
Pada bulan:
September 17 RM2.10
Oktober 17 RM1.40
November 17 RM2.10

Jika kita kira, pada bulan September dan Oktober, jumlah komisen adalah tidak mencecah RM5.00. Oleh yang demikian, komisen tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya dan akan dibayar pada bulan November 2.10 + 1.40 + 2.10 = RM 5.60

Rujuk pada penyata bonus ada ditulis perkataan *dibawa ke hadapan*

Bagaimana komisen rangkaian dikira? Sebagai contoh,

Pn Salasiah
Komisen Peribadi = RM 0.70
Odah (level 1)
Komisen Rangkaian RM 0.70
Mimi (level 2)
Komisen Rangkaian RM 0.60
Ami (level 3)
Komisen Rangkaian RM 0.50
Kiah (level 4)
Komisen Rangkaian RM 0.30
Minah (level 5)
Komisen Rangkaian RM 0.30
Tina (level 6)
Komisen Rangkaian RM 0.20
Nia (level 7)
Komisen Rangkaian RM 0.10


Tanda yang menunjukkan [1] [2] ... hingga [6] menunjukkan level ahli dengan kita.

Jika bertanda seperti di bawah, ini bermaksud downline tersebut telah membuat pembelian peribadi pada bulan tersebut.


Jadi mudah pada kita untuk menyemak sama ada ahli sudah membuat pembelian peribadi atau sebaliknya. Terutamanya bagi ahli yang mempunyai downline, ini bagi mengelakkan komisen rangkaian hangus terbakar.

Sunday 29 October 2017

Rawatan Alternatif | Diagnos penyakit melalui tapak tangan

Kak Ida berkongsi artikel tentang rawatan alternatif, diagnose penyakit melalui tapak tangan.

Rawatan alternatif adalah salah satu ikhtiar berubat yang semakin mendapat perhatian masyarakat untuk meringankan kesakitan yang dialami.

Kali ini kita mengupas kaedah diagnosis penyakit melalui tapak tangan. Analisis tapak tangan telah digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu.

Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dalam tubuh manusia. Jika tapak kaki menjadi poin-poin yang penting dalam refleksologi begitu juga dengan tapak tangan.

Apa-apa sahaja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Bahagian tangan menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia ialah bahagian atas tapak tangan, tapak tangan, semua jari, ruas-ruas jari dan kuku.

Tapak tangan mengandungi 1000 rahsia kesihatan manusia. Herbalis akan mendiagnosis tapak tangan seseorang melalui perubahan warna dan perubahan fizikal (bengkok ke kiri, kanan atau hadapan).

Punca sesuatu penyakit ialah toksik (racun) yang terdapat di dalam tubuh dan ketidakseimbangan suhu serta angin tubuh. Setelah didiagnosis, pesakit akan membuang toksik di dalam badan melalui buang air besar, air kecil, pernafasan, perpeluhan dan haid. Selepas itu, pesakit akan diseimbangkan suhu badan dan angin didalam badannya.

Herbalis juga akan membuat rawatan susulan seperti perawatan dengan herba, bekal (Al-Hijamah), akupunktur, kiropraktik (rawatan membetulkan tulang), refleksologi, urutan limfatik, pemakanan, jus atau lain-lain yang bersesuaian.


Simptom dan penawar penyakit.
Sebagai contoh pesakit yang datang kerana masalah angin. Tanda-tanda yang terdapat pada tapak tangan pesakit ialah bintik-bintik putih di tapak tangan yang berwarna kemerah-merahan. Namun, jika tapak tangan berwarna putih dan bintik-bintik berwarna merah ia disebabkan gas karsinogen yang berlebihan didalam tubuh.

Simptom masalah angin adalah seperti cepat marah, emosi tidak stabil, darah yang keluar sewaktu berbekam lebih kental, suara tinggi dan pandangan tajam. Masalah angin ini ada hubungan dengan kadar kolestrol dalam darah. Setelah didiagnosis, pesakit akan diberikan herba tuju angin, teh herba,omega 3 dan kopi bersama madu serta habbatussauda.

Masalah tekanan hidup atau sterss boleh menyerang sesiapa sahaja. Jika stress terus menghantui pesakit akan mengeluarkan hormon stereoid yang dapat melemahkan sistem imun tubuh.

Tanda-tanda di tangan orang yang mengalami stress ialah urat biru atau hijau di pergelangan tangan, tapak tangan dan disepanjang jari-jari. Orang yang mengalami stress ini dapat dilihat apabila dia terlalu sedih, cepat marah, emosi, tidur tidak lena dan migrain.

Pesakit stres ini ada hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C. Pesakit ini akan dicadangkan untuk mengambil roselle, mengkudu, madu asli dan stoma K.

Saraf tapak tangan dapat memberikan gambaran kesihatan dalam tubuh. Ia dapat dilihat melalui:-

Suhu tapak tangan
Tapak tangan panas, bahagian kaki terasa sejuk, ini menandakan masalah pada bahagian perut dan ke bawah. Manakala tangan panas dan bahagian kaki terasa panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.

Kelembapan
Tapak tangan berpeluh, dikaitkan dengan tiga organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif. Tapak tangan kering dan cengkung menandakan sistem imun yang rendah dan mudah diserang penyakit.

Jari gemuk atau runcing
Jari gemuk di pangkal menandakan kandungan asid urik dalam darah. Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.

Jari yang bengkok
Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang belakang manakala bengkok di bahagian jari lain pula dikaitkan dengan masalah saraf.

Kuku bergelombang
Menandakan logam berat dalam badan.

Urat-urat biru yang timbul
Menandakan tekanan (stress).

Biru di perut tapak tangan
Menandakan masalah resdung

Tompok putih di tapak tangan
Dikaitkan dengan masalah angin dalam badan.

Punca herba tidak berkesan:-
  • Tidak yakin.
  • Tekanan perasaan.
  • Pengambilan air yang tidak mencukupi.
  • Pengambilan yang tidak berterusan.
  • Pengambilan herba secara salah.
  • Dos yang tidak mencukupi.


Apabila username salah...

Apabila ahli memberikan username salah...

Ahli Al Haddad sering "melekehkan" username yang telah didaftarkan oleh stokis walaupun telah dibantu oleh upline. Ada ahli mengharapkan upline atau stokis untuk mengingat username yang telah didaftarkan.

Jika downline upline baru seorang, ampun lagi... Kalau ramai? Haaa... boleh bayangkan tak?

Sejujurnya Kak Ida mohon, simpanlah username kita dengan sebaik-baiknya kerana ada kalanya, ahli perlu membeli sendiri dengan stokis.

Ini kerana jika ahli memberi username yang salah pada stokis, ini melibatkan komisen peribadi dan rangkaian. 


Nama ahli, nombor kad pengenalan dan alamat akan tertera di paparan seperti di atas. Paparan ini akan keluar jika ahli Al Haddad telah mengisi dengan lengkap di sub menu PROFILE. 

Kak Ida ulangi MENGISI DENGAN LENGKAP DI SUB MENU PROFILE.


Bagaimana stokis tahu username yang ahli beri adalah salah?

Bila stokis key-in username yang diberikan, akan tertera invalid member pada paparan tersebut.

Oleh yang demikian, Kak Ida menggalakkan ahli supaya memberi username beserta nama penuh kepada stokis untuk semakan kedua. 

Adakah ahli sudah mengisi sub menu PROFILE dengan lengkap?

Sunday 22 October 2017

Fakta tentang Gum Arabic

Berikut adalah fakta-fakta dan maklumat tentang Gum Arabic atau mengenai kebaikan-kebaikan Gum Arabic (Acacia Senegal):-


  1. US Food and Drug Administration  (USFDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat makanan yang paling selamat.
  2.  Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) dan World Health Organization (WHO) telah bersama-sama membuat ujian tentang penggunaan ke atas gum arabic dan mengesahkan bahawa Gum Arabic adalah bahan yang amat selamat untuk dijadikan sebagai makanan tambahan.
  3. Orang-orang Sudan dan Mesir telah lama makan gum rrabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka, malah memberikan mereka tenaga yang diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang.
  4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang menyumbang kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Probiotik, yang hidup di dalam kolon dan apendiks, berperanan mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Probiotik juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolesterol dalam darah, sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, sebagai antioksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

Friday 20 October 2017

Hari pertama menjadi ahli Al Haddad

Ramai yang 'blur' apa yang perlu dibuat pada hari pertama menjadi ahli Al Haddad.

Hari pertama menjadi ahli ya, bukan malam pertama. Hahaha

Pertama sekali yang perlu dibuat adalah RAMAIKAN JEMAAH dibawah rangkaian kita.

Banyak perkara yang boleh dikongsikan. Antaranya, kebaikan produk, pelan pemasaran Al Haddad, cadangan sinergi, dan banyak lagi. Al Haddad ada 30++ produk yang boleh dikongsikan. Nah, pilih salah satu produk dan kongsi.

Dimana kita boleh berkongsi?
  1. Facebook Personal
  2. Facebook Page
  3. Blog
  4. Twitter
  5. Group Whatsapp
  6. Group Bisnes (yang PERCUMA)
  7. Instagram
  8. Google
Banyak kan channel boleh kongsi? Pilih mana yang kita suka untuk brandingkan diri yang kita menjual produk Al Haddad. 

KEDUA
Beli tools marketing seperti flyers dan bunting.

Banyak sangat tools marketing yang dijual. Kalau tiada modal, buat sendiri dan print atau fotostat. Jimat dan murah. Kak Ida sangat sarankan buat dulu apa yang ada ditangan. Tidak perlu bergolok-gadai meminjam bank atau mencari kakak atau abang kawasan (ahlong). Big NO ya.

Agihkan dulu dikawasan jajahan kita. Kalau duduk dikawasan taman... ajak anak round-round taman untuk edar flyers.

KETIGA
Bagi mereka yang ada modal, beli produk dan jadikan sample. Kalau nak lebih jimat, buatlah party ala-ala party Al Haddad. Bagi mereka rasa produk-produk Al Haddad.

KEEMPAT
Bina networking dengan stokis-stokis aktif  dan JUJUR lagi AMANAH.
  • Kenal pasti stokis aktif kawasan kita, pastikan stokis yang amanah, bertanggungjawab dan jujur. Dapatkan resit pembelian yang sah.
  • Pastikan stokis key in belian kita. 
  • Bantu jemaah kita dapatkan stokis yang terdekat dengannya. 
KELIMA
Kongsikan produk Al Haddad yang kita amal. Contohnya rasa tamar cocoa tu macam mana, cara bancuhan tamar cocoa, resipi tamar cocoa yang kita buat. Yang pandai buat kek atau biskut, sila jual kek tamar cocoa yang kita buat. Dah dapat untung lain disitu.

Kalau guna sabun basuh Real Clean, kongsikan manfaat dan kelebihan. Jangan kondem produk lain ya.

Produk xxx ni...

Haaa... jangan ya sayang-sayang (I am me!) Hihihi

KEENAM
Masuk dalam group yang aktif. Tidak faham silalah bertanya. Kalau ada kelas yang dianjurkan, pergilah... sebagai salah satu aktiviti bisnes kita dengan Al Haddad dan juga membina kepercayaan.

Berniagalah dengan ilmu.

Ok semua, cukup perkongsian Kak Ida hari ini.

Semoga kita berjumpa di post lain yang akan datang. Insya Allah.

Coaching Online

Coaching Online.

"Soal jawab komisen Al Haddad".


Coaching Online - Minyak Kelapa Dara

Syukur alhamdulillah, Kak Ida berkesempatan menghadiri majlis ilmu malam kelmarin.

Namun begitu, sila baca PENAFIAN terlebih dahulu.


Banyak kelebihan produk vco atau minyak kelapa dara yang dibuat daripada "minyak pancing minyak"

Maksudnya disini adalah minyak yang tidak dimasak atau tidak menggunakan haba.

... dan ramai yang terkeliru perbezaan antara jangkitan virus atau jangkitan bakteria.

Apa itu simptom jangkitan virus.
Kebanyakan simpton jangkitan virus adalah sama dan bergantung kepada jenis virus yang dijangkiti.

Antaranya ialah:-
  1. Hidung berair 
  2. Sinus (selsema) 
  3. Batuk 
  4. Sakit tekak 
  5. Ruam 
  6. Sakit 
  7. Demam 
Manakala simpton kerana jangkitan bakteria pula kebiasaannya tertumpu pada satu bahagian tertentu 
dalam badan. Simptom jangkitan bakteria pula ialah:- 
  1. Kemerahan 
  2. Bengkak 
  3. Sakit 
  4. Sakit tekak 
  5. Demam 
  6. Sakit kepala 
Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan yang hebat iaitu tocopherol dan tocotrienols.

Ia berfungsi untuk menstabilkan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh manusia. Radikal bebas ini jika tidak distabilkan akan menjadi punca pelbagai jenis penyakit kronik.

Namun begitu, jika ada pengguna yang mengamalkan minyak kelapa dara secara istiqamah selama enam (6) bulan tanpa henti, sangat disarankan untuk berhenti selama sebulan supaya badan tidak imun.

Bagi yang menjadikan minyak kelapa dara sebagai penahan sakit pula, disarankan mengambil  lima (5) biji softgel sekali makan. Sebagai contoh, migrain, pening kepala, dan lain-lain lagi.

Merujuk kepada dos yang dicadangkan ada botol adalah:-

Produk VCO Softgel
Dewasa : 3 biji 2 kali sehari
Kanak-kanak : 1 biji 2 kali sehari

Produk VCO Cecair
Dewasa : 1 sudu besar 2 kali sehari
Kanak-kanak : 1 sudu kecil 2 kali sehari
Pastikan juga kita mengambil air mengikut keperluan badan untuk mengeluarkan toksin dalam badan.

Adalah lebih baik mengambil air yang mempunyai sifat alkali yang mengandungi PH 7.1 ke atas. Jika perlu belilah air mineral atau penapis air yang kita tahu jumlah PH dalam air.

Thursday 19 October 2017

Tamar Cocoa Berwajah Baru

Info dari HQ AlHaddad Marketing Sdn Bhd.

Alhamdulillah . New packaging


Pensijilan Halal

Pensijilan Halal untuk produk-produk berikut:-

Tamar Cocoa
Tamar Coffee Arabica
Malt IQ

Alhamdulillah, tiada apa yang perlu diragukan lagi.


Wednesday 18 October 2017

Online Coaching Product Knowledge

Kelas pada malam ini ya.

Menyentuh tentang kebaikan 1001 Khasiat Minyak Kelapa Dara.



Wednesday 4 October 2017

Program JKJP 3.0

Program JKJP 3.0. Jemput hadir beramai-ramai.

Rujuk maklumat lanjut di poster.


Tamar Coffee Arabica berkomisen

Alhamdulillah,

Bermula 1 Oktober 2017, Tamar Coffee Arabica sudah dimasukkan ke dalam sistem. Ini bermaksud, ahli layak mendapatkan komisen peribadi dan rangkaian dengan produk ini.


Harga Ahli RM 26.00
Harga Pasaran RM 29.00


Sunday 1 October 2017

Tamar Coffee Arabica

Alhamdulillah

Tamar Coffee Arabica sudah dimasukkan kedalam sistem bermula 1 Oktober 2017.


Jom, sambil minum jana pendapatan.

Sunday 24 September 2017

Duit tepi dengan Tamar Cocoa

Ya, ada 20 sachet dalam Tamar Cocoa.

Ada sahabat manis Kak Ida menjual dalam bentuk loose.

Sesachet, RM 1.20-1.50.


Lagi-lagi students. Mudah sangat cari duit "tepi".

Friday 15 September 2017

Apa yang perlu buat dengan friendlist facebook?

Assalammualaikum.

Kali ini Kak Ida hendak berkongsi apa ciri-ciri sahabat yang perlu remove dalam senarai sahabat (friendlist) kita.

Berapa kerap kita perlu menyemak friendlist sahabat yang tidak aktif?

Menjadikan medium online sebagai salah satu teknik marketing, like, comment dan share sangat-sangat diperlukan. Ia penting untuk kita sebagai pendiri bisnes untuk menjenamakan produk yang kita jual atau tawarkan.

Namun, tidak perlulah kita memuat naik status, "saya nak remove sahabat yang tidak aktif... bla... bla..."

Tidak perlu ya. Sebagai pendiri bisnes, kita perlu dilihat profesionalisme.


Mahu removed, buat sahaja. Itu lebih baik.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu menyemak senarai friendlist kita setiap enam (6) bulan sekali.

Selalunya, Kak Ida akan buka dekstop, pergi ke menu Friends dan schroll secara rawak.

Selalunya Kak Ida akan remove:-
  1. Tiada profile picture.
  2. Tidak menggunakan nama sebenar. Sebagai contoh, "Kereta Jenazah", "Menunggu di pintu neraka". Profile yang menggunakan nama bisnes juga Kak Ida tidak terima. Hahaha
  3. Tidak memuat naik status berbulan-bulan. (mungkin beliau tidak aktif lagi di facebook).
  4. Selalu memuat naik status yang negatif. Perlu ya sebagai pendiri bisnes kita berada di circle yang positif untuk salah satu cara menjemput rezeki.
  5. Sentiasa spam, tag Kak Ida dengan iklan atau ke group (tanpa kebenaran).
  6. Suka berkongsi hal-hal yang Kak Ida rasa tidak perlu untuk tahu, contohnya hal-hal rumahtangga.
  7. Tidak menyokong kita.
  8. ... dan lain-lain yang Kak Ida rasa perlu untuk remove. Hahaha
Kuota 5k sahabat sangat bernilai. Jangan sia-siakan dengan memenuhkan list dengan mereka yang "tidak" memenuhi kriteria kita.

Tidak perlu berhari-hari. Peruntukkan masa setengah jam untuk review friendlist kita dan kemudian penuhkan semula kuota dengan add mereka yang positif.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leader Al Haddad,
Boleh klik facebook di bawah untuk Follow bagi mendapatkan tips bisnes, Al Haddad dan lain-lain.
Ida Kamilia Mudzakir

Monday 4 September 2017

Apa yang ada di Sub Menu Transaction Al Haddad

SOP Pembelian Produk Al Haddad.
  1. Cari stokis yang sah. Boleh rujuk di www.alhaddadmarketing.com/stokis
  2. Dapatkan resit (beserta cop) dengan setiap pembelian.
  3. Berikan username yang betul kepada stokis.
Selepas tiga hari (bergantung kepada stokis).
  1. Buka laman web www.alhaddadmarketing.com
  2. Semak pembelian dibahagian Transactions di bahagian MEMBER MENU.
  3. Lihat di Transactions log. Disitu jelas tertera Tarikh, Jenis Transaksi. CR/Db, Jumlah, Dari/Kepada
  4. Jika tiada username kita, bermakna stokis belum key-in. Rujuk kepada stokis berkenaan.

Semoga bermanfaat.

Thursday 31 August 2017

Post ini istimewa Kak Ida tujukan...

Terselak See Your Memories di Facebook,


Rupa-rupanya, bulan Ogos tahun ini genap tiga tahun Kak Ida menjadi stokis Mobile Al Haddad Skudai bagi Pulai Perdana 2.

Syukur alhamdulillah.

Dalam tempoh tiga tahun ini, banyak kenangan manis, masam, kelat dan pahit Kak Ida yang Kak Ida tempuh untuk sama-sama menimba pengalaman.

Dikesempatan ini, Kak Ida ingin meminta maaf dan jika ada kekhilafan dari pihak Kak Ida sendiri dalam membantu mengurus stok-stok dari Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.

Terima kasih kepada Tuan Pentadbiran Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. di atas kepercayaan yang diberikan.

Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan terutama Cik Puan Syarifah Nur Safiyah.

Terima kasih kepada kepimpinan At Selatan.

Terima kasih juga kerana ahli-ahli sudi berurusniaga dengan Kak Ida.

Terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih.

Hanya Allah mampu membalas jasa baik tuan/puan semua.

Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha 1438 Hijrah.

Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha 1438 Hijrah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...