Friday 6 January 2017

Jenis-jenis gula yang perlu diketahui

Selalu sangat dalam group ditanya tentang label makanan yang terkandung di dalam sesuatu produk.


Walaupun terang lagi bersuluh, tiada kandungan gula tambahan dalam produk tersebut, ia masih tidak dapat memuaskan hati pelanggan hanya kerana kita melihat kandungan gula (sugar) yang tertulis pada label makanan.


Sedangkan sebenar-benarnya kita perlu melihat dengan sejelas-jelasnya "kandungan atau jenis gula" yang ditulis pada kotak.

Selalunya jenis-jenis gula ini akan ditulis di bahagian ramuan atau "ingredients". Jadi, jika dalam sesuatu produk tersebut mengandungi salah satu daripada 41 jenis gula yang disenaraikan di bawah, barulah produk tersebut mengandungi gula tambahan. Bukan SEMULAJADI.


Apakah jenis-jenis gula tersebut?

Terdapat 41 nama gula yang selalu tertulis dibahagian ramuan atau "ingredients" yang kita tidak ketahui.

1. Agave Nectar
Pemanis yang dari tanaman agave yang selalunya tumbuh di Mexico dan Afrika Selatan.

2. Barley Malt
Pemanis yang dihasilkan dari biji-bijian barli dengan cara malting.

3. Brown sugar
Produk gula sukrosa dan dicampur dengan warna khas kerana ada tambahan molasses.

4. Cane Crystals
Kristal tebu

5. Caramel
Karamel yang dihasilkan dari pemanasan pelbagai jenis gula sehingga bewarna kehitam-hitaman.

6. Corn Sugar (HFCS)
Gula jagung adalah gula tinggi furuktosa yang dapat meningkatkan risiko diabetes tahap 2.

7. Corn Sweetener
Idem atau kata nama lain gula jagung.

8. Corn Syrup
Idem atau kata nama lain gula jagung.

9. Corn Syrup Solids
Idem atau kata nama lain gula jagung.

10. Crystalline Fructose
Idem atau pemanis yang diolah dari jagung. Semuanya fruktosa.

11. Dextran
Zat yang terdiri dari molekul glukosa

12. Dextrose
Nama lain dari glukosa

13. Diastatic Malt
Pemanis yang diolah dari proses malting. Biasanya dengan gandum atau barli.

14. Ethyl Maltol
Pemanis buatan.

15. Evaporated Cane Juice
Salah satu dari jenis gula dari tebu.

16. Fructose
Gula dari buah-buahan.

17. Fruit Juice Concentrates
Jus buah konsentrat merupakan sejenis gula yang sebahagian nutrisinya telah hilang.

18. Galactose
Gula yang sering terdapat pada susu, kurang manis berbanding glukosa dan fruktosa.

19. Glucose
Gla yang sering ada pada tanaman.

20. Golden Syrup
Gula ini kental dan berwarna kekuningan yang dihasilkan dari permurnian gula tebu.

21. Grape Sugar
Gula dari anggur, nama lainnya adalah glukosa.

22. High-Fructose Corn Syrup
Gula jagung yang mempunyai tinggi fruktosa.

23. Honey
Madu yang lebih manis dari gula, tetapi lebih menyihatkan.

24. Invert Sugar
Gula yang dihasilkan dari campuran glukosa dan fruktosa.

25. Lactose
Laktosa adalah gula disakarida yang dihasilkan dari galaktosa dan glukosa yang dicampurkan dalam susu.

26. Maltose
Gula ini sering disebut sebagai gula malt yang dihasilkan dari tanaman bijirin seperti gandum dan barli.

27. Malt Syrup
Sirap gula dari hasil malting gandum atau barli.

28. Maple Syrup
Sirap gula yang dihasilkan dari tanaman maple.

29. Molasses
Gula hitam dari penyulingan tebu.

30. Panocha
Gula yang diproses dari gandum yang sering terdapat di New Mexico.

31. Refiner's Syrup
Sirup manis seperti gula

32. Raw Sugar
Gula berwarna coklat atau nama kata lain brown sugar.

33. Rice Syrup
Gula dari proses malting beras.

34. Simple Syrup
Sirap yang sederhana kerana bahan dasar pada gula tebu.

35. Sorbitol
Gula alkohol dengan rasa manis yang diserap oleh tubuh.

36. Sorghum
Sejenis sirap pemanis yang dibuat dari tanaman sorghum.

37. Sucrose
Sukrosa itu gula pasir, gula campuran glukosa dan fruktosa

38. Sugar Syrup
Sirap yang bahannya dari dasar gula.

39. Syrup
Sirap yang terkandung dalam minuman manis.

40. Teacle
Nama lain dari sirap gula.

41. Turbinado Sugar
Gula yang terhasil dari esktrak tebu murni.

Sumber: Harvard School of Public Health

Semoga bermanfaat.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...