Tuesday 28 February 2017

Belian peribadi tidak maintain?

Nak beritahu...

Tetapi terpulang pada pendirian dan pendapat masing-masing. Ini tanggungjawab sosial Kak Ida sahaja.

Ramai sangat ahli ambil mudah dengan belian peribadi.

Syarat utama untuk mendapatkan komisen rangkaian adalah dengan pembelian satu unit berkomisen 70 sen. Betul?

Tetapi, semenjak kebelakangan ini... Kak Ida perhatikan, ramai ahli yang membuat pembelian untuk maintain belian peribadi yang kurang dari berkomisen 70 sen. Ahli hanya membeli sekotak ubat gigi, sabun luk-luk atau VCO 120ml.

Sedar kan, kalau ahli beli SEKOTAK ubat gigi (yang dianggap ahli untuk maintain belian peribadi), ahli tidak akan memperolehi komisen rangkaian?

Kerana komisen peribadi sekotak ubat gigi atau sabun luk-luk hanya 20 sen atau sebotol vco 120 ml hanyalah 50 sen sedangkan syarat utama melayakkan komisen rangkaian adalah 70 sen.

KECUALI,

Jika ahli membeli 4 kotak ubat gigi (20 sen x 4 kotak = 80 sen) sudah layak dikira maintain pembelian peribadi.

Begitu juga jika ahli membeli 2 botol vco 120 ml (50 sen x 2 botol = RM 1.00) dan seterusnya.

Betulkan yang rasa kita tahu, tetapi sebenarnya silap!

Kak Ida berkongsi apa yang perlu ahli tahu.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Penerimaan wang zakat

Pengesahan penerimaan RM10,000.00 wang zakat yang terkini daripada Maahad Tahfiz Al Aqsa.


Info: Pentadbiran Alhadmsb

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Monday 27 February 2017

Pembelian Reach Truck

Kredit: Tuan Basim Mawardi





Bagi memenuhi kehendak pasaran, satu lagi perkembangan positif di dalam Syarikat Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd adalah dengan pembelian Reach Truck yang baru untuk mempercepatkan proses penyimpanan dan pengangkutan produk Tamar Cocoa.

Tahniah dari SM Skudai.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Wednesday 15 February 2017

Tahukah kita?

Tahukah kita sebagai salah seorang ahli Al Haddad?


Kismis Penerang dan Pelembut Hati keluaran Al Haddad dan Naseem adalah antara produk keluaran daripada Madrasah Az Zubaidiyah?

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Sunday 12 February 2017

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Al Haddad Marketing bagi Makkah Al Mukarramah

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Al Haddad Marketing bagi Makkah Al Mukarramah.



Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Penyerahan zakat kepada Maahad Tahfiz Aqsa

Penyerahan zakat sebanyak RM10 ribu untuk Maahad Tahfiz Aqsa kepada Dr Syed Halim yang telah disampaikan oleh Tuan CEO Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.


Alhamdulillah.



Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Friday 10 February 2017

Mengapa Al Haddad?

Mengapa kita perlu memilih Al Haddad bagi mereka yang ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi.

Kak Ida senaraikan disini.

Semoga bermanfaat.


Al Haddad mengenakan caj yang rendah untuk kita menjadi ahli/pengedar iaitu serendah RM 54.78 (G-Oat, Tamar Cocoa dan Natural Hair Cream). Anggaplah caj ini sebagai LESEN yang perlu ada untuk memulakan perniagaan pertama kita.


Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak dijual. Kita perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk yang kita perlu ada. (Permintaan tinggi)


Bayaran sebagai pengedar dan kos stok yang rendah tidak memberikan risiko yang besar untuk kita memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi.


Apabila kita menyertai Al Haddad, kita sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihan seperti Al Haddad boleh dijadikan tempat kita bernaung untuk jangka panjang yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan kita.

Piliha upline juga perlu dititikberatkan.


Apa yang lebih baik daripada memulakan perniagaan secara sampingan tetapi dapat mengekalkan pekerjaan yang sedia ada?


Perniagaan bersama Al Haddad dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan kita sendiri.


Kita boleh melakukan kerja ini secara face to face atau secara online menggunakan internet sebagai perantaraan.

Lebih baik jika kita boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih mana yang kita selesa dan mampu. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakan secara efektif.


Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu menjana pendapatan bersama Al Haddad.

Ramai mereka yang berjaya dalam bisnes ini. Ada surirumah yang menjana pendapatan sebanyak RM 10,000.000 bersama Al Haddad.


Tidak memerlukan pejabat yang spesifik. Boleh mengendalikan bisnes Al Haddad di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.


Tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.

Pekerja tidak mempunyai impian yang sama dengan kita!


Pelan pemasaran perniagaan yang membayar secara bulanan. Kita tidak perlu risau tentang aliran tunai perniagaan Al Haddad. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini tidak perlu menunggu berpuluh-puluh tahun untuk mengecap kejayaan.

Jika kita berusaha bersungguh-sungguh serta komited, kita pasti berjaya dalam tempoh yang singkat!


Pendapatan tanpa had juga dikenali sebagai pendapatan residual yang mana apa yang kita usahakan sekali tetapi hasilnya kita dapat kecapi dalam jangka masa yang panjang.

Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya jika mereka "benar-benar" mahukannya.


Pendapatan perniagaan Al Haddad ini boleh mencecah lima, enam angka dan boleh dijadikan sebagai tabung persaraan kita.


Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan yang lazimnya akan menjadi teras latihan yang akan ditunjukkan kepada pengedar-pengedar.

Latihan yang diberikan oleh Al Haddad adalah Didik Usahawan dan juga telegram Kocing AlHaddadMSB bersama Kak Piya.



Kita aka mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain sama ada upline atau downline. Perniagaan Al Haddad ini adalah berdasarkan perniagaan membina hubungan.


Perniagaan bersama Al Haddad tidak memerlukan masa bertugas yang tetap yang membolehkan kita merencana percutian kita bila-bila masa sahaja.


Perniagaan Al Haddad ini membolehkan kita mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Thursday 9 February 2017

Langkah demi langkah Profile Picture Editing

Terima kasih atas curahan ilmu Cik Puan Kak Piya untuk Profile Picture Editing.

Aplikasi yang perlu digunakan ialah:-
1. Blend Collage.

2. Snapseed.


Langkah pertama: BLEND COLLAGE


Pilih Create Collage


Paparan berikut akan keluar. Pilih background.


Ada pelbagai warna background. Tetapi Cik Puan Piya menyarankan supaya memilih warna hitam untuk menimbulkan logo Al Haddad yang bewarna keemasan. Dari jauh orang sudah nampak logo dengan jelas.


Pilih bentuk (shapes) yang berbentuk segi empat petak. Tetapi, terpulang juga sama ada hendak menggunakan pelbagai jenis bentuk yang lain kerana ianya melibatkan kreativiti. Namun begitu, bentuk segi empat petak, profile picture kita akan nampak lebih profesional.


Selepas menyusun atur gambar. Masukkan logo rasmi Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.


Selepas itu, save gambar yang telah disiapkan. Pilih high untuk menampakkan gambar lebih cantik dan jelas.

LANGKAH KEDUA: SNAPSEED



Klik ‘Open Photo' dan pilih gambar yang telah kita save dan editkan tadi.

Paparan gambar adalah seperti di atas, klik logo tool di sebelah kanan bawah. Paparan adalah seperti ini. Pilih menu text.

Hasil selepas berguru. Kepercayaan terhadap kita akan meningkat kerana pelanggan tahu dengan siapa kita berurusan.



Tips Profile Picture di Facebook:
  1. Letakkan gambar wajah yang jelas dan terang.
  2. Elakkan meletakkan gambar produk. Sekadar logo AlHaddad sudah memadai. Sebab orang hendak berkawan dengan kita, bukan dengan produk. 
  3. Sebaiknya tidak perlu menulis maklumat diri dengan banyak. Jika hendak menulis maklumat yang banyak, boleh diletakkan di bahagian timeline. Timeline di facebook ibarat signboard kedai kita.
Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Tuesday 7 February 2017

Bisnes Al Haddad tiada untung?

Ramai yang merungut bisnes Al Haddad tiada untung.


Iye ke? 

Berniaga MESTI ada untung. Kalau tiada untung, bukan berniaga namanya. 

Ada... yang penting kena FOKUS, KREATIF, KONSISTEN dan juga ISTIQAMAH 

Ini antara tips yang Kak Ida boleh kongsikan untuk ahli Al Haddad yang ingin menjana pendapatan aktif dengan Al Haddad. 

1. Komisen rangkaian 
Kenalkan seramai yang boleh produk Al Haddad pada orang lain. Buat permulaan, fokuskan dengan kawasan komuniti kita atau 5km radius. Lagi ramai orang yang berminat tentang produk Al Haddad, lagi besar komisen rangkaian yang akan kita dapat. Antara program komuniti yang kita boleh buat adalah "party AlHaddad" (sebagai contoh). 

2. Servis membuat perkhidmatan servis a.k.a runner
Setiap kali mereka mahukan produk Al Haddad, kita boleh memberikan servis kepada mereka dengan caj yang berpatutan. 

3. Pencuci mulut 
Banyak resipi-resipi dari tamar cocoa yang telah dikongsi. Cuba buat dan jual kek batik tamar cocoa. Paketkan kek tersebut dan jual di pejabat atau jiran tetangga. Komisen peribadi tamar cocoa kita dapat, untung runcit jual kek batik pun kita akan dapat. 

4. Hamper Al Haddad 
Tawarkan set-set dari produk Al Haddad dengan menyediakan hamper Al Haddad. Tamar cocoa, g-oat atau Malt-IQ. Beli set tersebut terus layak jadi ahli. Mudah kan? 

5. Jual sample Al Haddad mampu milik
Dalam sample itu, letakkan semua jenis paket minuman Al Haddad seperti tamar cocoa, kopi SKASH, susu kambing, soy collagen dan lain-lain lagi. Jual dalam bentuk mini. Contoh satu sample RM 15 tetapi semua "dapat rasa". Komisen kita yang dapat. 

6. Jual air atau aiskrim tamar cocoa
Wow, ramai yang boleh "buat duit" dengan menjual air atau aiskrim. Walaupun margin keuntungan cuma beberapa sen sahaja, tetapi ia merupakan produk yang "laku keras". (Kak Ida pernah menjual 500 batang aiskrim dalam masa setengah hari sahaja). 

7. Servis printing 
Contoh flyers, magnet, keychain, beg dan lain-lain. 

8. Untung runcit 
Jika mereka tidak berminat hendak menjadi ahli, tawarkan mereka dengan harga pasaran. Untung runcit kita punya, komisen peribadi pun kita yang punya.

Semoga perkongsian Kak Ida ini bermanfaat kepada semua ahli Al Haddad. Insya-Allah, cari jalan keluar dari masalah, bukan mencari cangkul untuk menguburkan diri sendiri.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Sunday 5 February 2017

Komisen Tahun 2017

Assalamualaikum WBT

Syukur Alhamdulillah.

Komisen Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. bagi bulan Januari 2017 telah siap dikemaskini sebagaimana lampiran.


Mohon semak akaun bank masing-masing untuk pengesahan.

Tahniah semua.

Info: Pentadbiran Alhadmsb

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Friday 3 February 2017

Majlis Anugerah Insentif 2016

Alhamdulillah, selesai booking bilik di hotel ini.

Insya Allah,

Majlis Anugerah Insentif 2016 akan dibuat DISINI pada 5 Mei 2016 bermula jam 8.00 malam.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Edit Profile Picture

Malam tadi ada coaching online bagaimana edit Profile Picture bersama Kak Piya di Telegram.



Tetapi Kak Ida pula ada kelas Mandarin. Bertindih-tindih masa. Jadi, selepas kelas mandarin, Kak Ida review semula coaching dan pagi ini bergegas menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

Alhamdulillah, Kak Piya sudah approved! Bila Kak Piya sudah luluskan, Page Facebook terus ditukar kepada Profile Picture yang baru.

Hasilnya... nah!


Terima kasih Kak Piya atas tunjuk ajar dan halalkan ilmu yang diberikan ya.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Wednesday 1 February 2017

Asas Bisnes Online


Tajuk: Asas Bisness Online
Tarikh: 1 Feb 2016
Masa: 9.00 malam
Bersama: Cikpuan Ida Kamilia Mudzakir

Jangan lupa janji temu kita malam ni ya! :)

Nota tambahan:
Assalamualaikum. Group khas Telegram Coaching Online untuk Usahawan AlHaddadMSB bersama #kakpiya FB: Syarifah Nur Safiyah. Jika berminat boleh terus klik link berikut: 


Boleh sebarkan dan dikongsi ke grup-grup lain yang berkaitan. Semoga bermanfaat InsyaAllah . 

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Program terbaru

Sila rujuk maklumat lanjut di poster.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...