Friday 10 February 2017

Mengapa Al Haddad?

Mengapa kita perlu memilih Al Haddad bagi mereka yang ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi.

Kak Ida senaraikan disini.

Semoga bermanfaat.


Al Haddad mengenakan caj yang rendah untuk kita menjadi ahli/pengedar iaitu serendah RM 54.78 (G-Oat, Tamar Cocoa dan Natural Hair Cream). Anggaplah caj ini sebagai LESEN yang perlu ada untuk memulakan perniagaan pertama kita.


Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak dijual. Kita perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk yang kita perlu ada. (Permintaan tinggi)


Bayaran sebagai pengedar dan kos stok yang rendah tidak memberikan risiko yang besar untuk kita memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi.


Apabila kita menyertai Al Haddad, kita sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihan seperti Al Haddad boleh dijadikan tempat kita bernaung untuk jangka panjang yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan kita.

Piliha upline juga perlu dititikberatkan.


Apa yang lebih baik daripada memulakan perniagaan secara sampingan tetapi dapat mengekalkan pekerjaan yang sedia ada?


Perniagaan bersama Al Haddad dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan kita sendiri.


Kita boleh melakukan kerja ini secara face to face atau secara online menggunakan internet sebagai perantaraan.

Lebih baik jika kita boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih mana yang kita selesa dan mampu. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakan secara efektif.


Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu menjana pendapatan bersama Al Haddad.

Ramai mereka yang berjaya dalam bisnes ini. Ada surirumah yang menjana pendapatan sebanyak RM 10,000.000 bersama Al Haddad.


Tidak memerlukan pejabat yang spesifik. Boleh mengendalikan bisnes Al Haddad di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.


Tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja.

Pekerja tidak mempunyai impian yang sama dengan kita!


Pelan pemasaran perniagaan yang membayar secara bulanan. Kita tidak perlu risau tentang aliran tunai perniagaan Al Haddad. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini tidak perlu menunggu berpuluh-puluh tahun untuk mengecap kejayaan.

Jika kita berusaha bersungguh-sungguh serta komited, kita pasti berjaya dalam tempoh yang singkat!


Pendapatan tanpa had juga dikenali sebagai pendapatan residual yang mana apa yang kita usahakan sekali tetapi hasilnya kita dapat kecapi dalam jangka masa yang panjang.

Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya jika mereka "benar-benar" mahukannya.


Pendapatan perniagaan Al Haddad ini boleh mencecah lima, enam angka dan boleh dijadikan sebagai tabung persaraan kita.


Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan yang lazimnya akan menjadi teras latihan yang akan ditunjukkan kepada pengedar-pengedar.

Latihan yang diberikan oleh Al Haddad adalah Didik Usahawan dan juga telegram Kocing AlHaddadMSB bersama Kak Piya.



Kita aka mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain sama ada upline atau downline. Perniagaan Al Haddad ini adalah berdasarkan perniagaan membina hubungan.


Perniagaan bersama Al Haddad tidak memerlukan masa bertugas yang tetap yang membolehkan kita merencana percutian kita bila-bila masa sahaja.


Perniagaan Al Haddad ini membolehkan kita mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...