Saturday 29 July 2017

Posto!

Siapkan pengeposan untuk esok.

Alhamdulillah.

Kak Ida stokis Ana Edar dan juga stokis mobile Al Haddad.


Ada kalanya mudah bagi ahli dan RANIA untuk "pos sekali jalan" kerana Kak Ida boleh key-in belian mereka.

Terima kasih ya kerana bermuamalat dengan Kak ida.

Terima kasih.

Sunday 23 July 2017

Bagaimana ingin beriklan produk Al Haddad

Ramai ahli terutama ahli baru yang tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan "iklan" bagi memperkenalkan produk-produk Al Haddad.


Maklumlah, produk Al Haddad sekarang sudah mencecah 34 produk. Ahli tentu "tidak menang tangan" hendak berkongsi produk yang mana satu.

Setuju?

Baik, Kak Ida kongsikan ya.

Mulakan dengan berkongsi dengan produk yang kita guna. Bila kita berkongsi dengan produk yang kita selalu guna, perkongsian itu lebih nampak "ikhlas" kerana niat kita yang mahu berkongsi manfaat dengan orang lain.

Contohnya Kismis Penerang dan Pelembut Hati.

Kita boleh berkongsi banyak perkara tentang kismis.

Antaranya:-
+ Kebaikan dan petua berkaitan kismis. Semua orang tahu kismis adalah kudap-kudapan terbaik untuk anak dan dijadikan sebagai snek ringan berbanding kanak-kanak menikmati jajan.

+ Asal usul kismis.

+ Cara makan kismis yang digalakkan oleh sunnah (jika ada).

+ Resipi masakan yang menggunakan kismis.

+ Komisen peribadi dan rangkaian yang diperolehi bila ahli membeli kismis. Kongsikan juga bakal dan kelebihan yang ahli perolehi jika mendaftar dengan pembelian tiga unit kismis.

+ Harga ahli dan harga pasaran kismis Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.

+ Kelebihan kismis berbanding kismis-kismis lain. Ceritakan kelebihan sahaja ya. Bukan keburukan. Adalah sangat tidak digalakkan memburukkan produk pesaing kita. Tiada profesionalisme disitu.

+ Gambar produk yang menarik termasuk set-set yang dicadangkan bersama kismis.

+ Testimoni-testimoni yang bersesuaian.

Pecahkanlah topik ini dengan mengiklankan lapan kali hingga sepuluh kali sehari dengan BERKONGSI manfaat.

Elakkan menawarkan produk dengan menggunakan ayat "hard sell" seperti BERMINAT PM. Gunakan ayat content writing atau copywriting yang menarik. Insya-Allah, rezeki tidak pernah salah alamat.

Boleh ya?

Jangan lupa follow Kak Ida untuk mendapatkan tips-tips menarik untuk dikongsi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua ahli Al Haddad.

Laman depan berwajah baru

Laman hadapan www.alhaddadmarketing sekarang sudah berwajah baru.

Lebih bercirikan korporat.

Semoga Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. semakin maju dan sukses.


Wednesday 12 July 2017

Salam takziah

Salam takziah kepada pemandu Al Haddad yang dalam perjalanan menghantar stok ke Selatan.

Mereka berdua telah mengalami kemalangan namun dilaporkan selamat.

Doakan semoga Allah permudahkan urusan Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.

Amin amin YRA.


Monday 10 July 2017

Terima kasih kerana bermuamalat

Terima kasih kerana membeli dengan Kak Ida.

Kak Ida jual dengan harga yang ditetapkan oleh syarikat ya.



Sunday 9 July 2017

Saturday 8 July 2017

Mengapa komisen tidak masuk?

Kak Ida senaraikan mengapa komisen Al Haddad tidak mendarat dengan selamatnya ke dalam akaun.
  1. Tidak maintain pembelian peribadi berkomisen 70 sen. 
  2. Profile yang tidak lengkap.
  3. No akaun bank salah.
  4. No kad pengenalan salah.
  5. Terlupa untuk klik "Update Now".
  6. Nama pemegang akaun tidak sama dengan nama dalam buku akaun bank.
  7. Akaun bank tidak aktif.
  8. Komisen tidak mencapai jumlah minimum sebanyak RM 7.
  9. Nama mesti sama dalam kad pengenalan.
  10. Duit pernah masuk. Tiba-tiba tukar bank. Contohnya dari BSN ke CIMB.
  11. Username tidak betul.
  12. Ahli langsung tidak mengingati username.
  13. Tulis no akaun tanpa (-)



Semoga bermanfaat.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Program Fokus Insentif 2017

Program Fokus Insentif 2017


Program Fokus Insentif 2017

Program Fokus Insentif 2017 dianjurkan oleh HQ.

Sila rujuk maklumat lanjut di poster.


Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...