Friday 15 September 2017

Apa yang perlu buat dengan friendlist facebook?

Assalammualaikum.

Kali ini Kak Ida hendak berkongsi apa ciri-ciri sahabat yang perlu remove dalam senarai sahabat (friendlist) kita.

Berapa kerap kita perlu menyemak friendlist sahabat yang tidak aktif?

Menjadikan medium online sebagai salah satu teknik marketing, like, comment dan share sangat-sangat diperlukan. Ia penting untuk kita sebagai pendiri bisnes untuk menjenamakan produk yang kita jual atau tawarkan.

Namun, tidak perlulah kita memuat naik status, "saya nak remove sahabat yang tidak aktif... bla... bla..."

Tidak perlu ya. Sebagai pendiri bisnes, kita perlu dilihat profesionalisme.


Mahu removed, buat sahaja. Itu lebih baik.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu menyemak senarai friendlist kita setiap enam (6) bulan sekali.

Selalunya, Kak Ida akan buka dekstop, pergi ke menu Friends dan schroll secara rawak.

Selalunya Kak Ida akan remove:-
  1. Tiada profile picture.
  2. Tidak menggunakan nama sebenar. Sebagai contoh, "Kereta Jenazah", "Menunggu di pintu neraka". Profile yang menggunakan nama bisnes juga Kak Ida tidak terima. Hahaha
  3. Tidak memuat naik status berbulan-bulan. (mungkin beliau tidak aktif lagi di facebook).
  4. Selalu memuat naik status yang negatif. Perlu ya sebagai pendiri bisnes kita berada di circle yang positif untuk salah satu cara menjemput rezeki.
  5. Sentiasa spam, tag Kak Ida dengan iklan atau ke group (tanpa kebenaran).
  6. Suka berkongsi hal-hal yang Kak Ida rasa tidak perlu untuk tahu, contohnya hal-hal rumahtangga.
  7. Tidak menyokong kita.
  8. ... dan lain-lain yang Kak Ida rasa perlu untuk remove. Hahaha
Kuota 5k sahabat sangat bernilai. Jangan sia-siakan dengan memenuhkan list dengan mereka yang "tidak" memenuhi kriteria kita.

Tidak perlu berhari-hari. Peruntukkan masa setengah jam untuk review friendlist kita dan kemudian penuhkan semula kuota dengan add mereka yang positif.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leader Al Haddad,
Boleh klik facebook di bawah untuk Follow bagi mendapatkan tips bisnes, Al Haddad dan lain-lain.
Ida Kamilia Mudzakir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...