Tuesday 31 October 2017

Trading berkomisen Al Haddad

Assalammualaikum semua.

Syukur alhamdulillah, Kak Ida berkesempatan untuk 'compile'kan semula nota di Group Telegram Online AlHaddadMSB yang disampaikan oleh Cik Puan Halimatun Saadiah. Beliau merupakan SM Ipoh, Perak.

AlHaddad Marketing Sdn. Bhd. berkonsepkan komisen trading atau dengan kata lain, “banyak kita jual, banyak kita akan dapat komisen.”

Ini bermakna, setiap pembelian produk Al Haddad, kita akan dibayar komisen oleh syarikat pada setiap bulan. Bezanya ialah jumlah komisen tersebut bergantung kepada produk.

Komisen terbahagi kepada dua
  1. Komisen peribadi
  2. Komisen rangkaian
Jika kita lihat pada transaction log, kita akan lihat ada menu Personal Sales.

Ini merupakan komisen peribadi yang diterima daripada pembelian yang menggunakan username atas nama kita sendiri.


Manakala transaction jenis Unilevel Bonus pula, ini merupakan komisen rangkaian yang diterima kerana downline atau jemaah dibawah rangkaian kita membuat pembelian.

Caranya ialah:-
Login www.alhaddadmarketing.com
Masukkan username dan password yang sah


Kenapa status TIADA BAYARAN


Ini kerana, ahli tidak maintain pembelian berkomisen 70 sen atau tidak membuat sebarang pembelian produk Al Haddad yang berkomisen 70 sen pada bulan tersebut. Ini bermakna, komisen rangkaian/unilevel akan hangus terbakar.

Berapa minimum komisen syarikat Al Haddad Marketing Sdn. Bhd akan masukkan ke dalam akaun bank? 

Untuk makluman, syarikat Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. hanya menggunakan empat bank iaitu Maybank, Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Bank Islam.

Sebanyak RM 5.00 paling minimum. Namun begitu, jumlah yang masuk ke dalam akaun bank adalah RM 3.00 kerana terdapat caj perkhidmatan bank sebanyak RM 2.00.

Kiraan komisen adalah seperti berikut:-
Pada bulan:
September 17 RM2.10
Oktober 17 RM1.40
November 17 RM2.10

Jika kita kira, pada bulan September dan Oktober, jumlah komisen adalah tidak mencecah RM5.00. Oleh yang demikian, komisen tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya dan akan dibayar pada bulan November 2.10 + 1.40 + 2.10 = RM 5.60

Rujuk pada penyata bonus ada ditulis perkataan *dibawa ke hadapan*

Bagaimana komisen rangkaian dikira? Sebagai contoh,

Pn Salasiah
Komisen Peribadi = RM 0.70
Odah (level 1)
Komisen Rangkaian RM 0.70
Mimi (level 2)
Komisen Rangkaian RM 0.60
Ami (level 3)
Komisen Rangkaian RM 0.50
Kiah (level 4)
Komisen Rangkaian RM 0.30
Minah (level 5)
Komisen Rangkaian RM 0.30
Tina (level 6)
Komisen Rangkaian RM 0.20
Nia (level 7)
Komisen Rangkaian RM 0.10


Tanda yang menunjukkan [1] [2] ... hingga [6] menunjukkan level ahli dengan kita.

Jika bertanda seperti di bawah, ini bermaksud downline tersebut telah membuat pembelian peribadi pada bulan tersebut.


Jadi mudah pada kita untuk menyemak sama ada ahli sudah membuat pembelian peribadi atau sebaliknya. Terutamanya bagi ahli yang mempunyai downline, ini bagi mengelakkan komisen rangkaian hangus terbakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...