Friday 3 November 2017

Free Cost Marketing di Page Facebook

Page facebook adalah medium atau salah satu "channel" marketing penting bagi peniaga online.

Page facebook juga boleh diibaratkan sebagai kedai kita selain website.

Kak Ida kongsikan secara asas apa yang perlu dibuat pada Page untuk dijadikan carian di google (walaupun bukan pada carian google di page pertama).

Ini adalah bagi free cost marketing ya. Bukan FB Ads.



Namakan Page facebook (tajuk) mengikut apa yang kita tawarkan. Namun, apa yang Kak Ida tekankan di sini adalah di bahagian @. Letakkan username kita yang mudah dicari oleh orang di carian google.

Username ini boleh diedit pada bahagian "About". Elakkan menukar dengan kerap username ini bagi mengelakkan Page kita di "banned".

Kemudian, letakkan CTA atau Call To Action.

Lumrah manusia mahukan maklumat yang cepat. Bukan "tercari-cari".

Terpulang pada masing-masing untuk create CTA yang dimahukan. Mengikut keselesaan masing-masing.

Pilihan Kak Ida semestinya "Call Now" atau "Send Message".

Ini adalah yang paling-paling asas yang perlu dibuat dalam Page kita.

Nantikan entry terbaru Kak Ida mengenai apa yang perlu ditulis dalam Page.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jangan lupa "tampal" link Page Facebook masing-masing di ruangan komen ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...